Monday, July 30, 2012

Blog aku dah sampai indonesia.....

Sebelum ni aku ada terima pesanan di bahagian chat yg kecil kat sebelah kanan blog nak order benih jagung.Apabila aku bertanyakan daripada mana?dia mengatakan daripada indonesia.Aku biarkan saja,mungkin saja nak main-mainkan aku.Tetapi baru-baru ni aku di kejutkan dengan panggilan telefon dengan nombor yg banyak,aku tak angkat.Selepas itu aku terima satu sms daripada saudara yerrios.Aku menghubungi beliau melalui yahoo bertanyakan apa yang boleh aku tolong.Sebenarnya beliau hendak mengetahui tentang benih jagung yg aku jual dan hendak membelinya.Aku jadi pening mengenangkan jarak antara kami begitu jauh.Aku meminta alamatnya dan aku mendapati beliau tinggal di sumatera barat Indonesia.Baru aku terfikir hanya di hujung jari kita boleh mentakluki dunia.Hebat sungguh siapa yang menciptanya.Kepada saudara yerrios aku akan usahakan selagi terdaya kay.Aku cuma kongsikan kepada kalian pengalaman yg unik ni pada korang..kay

kapal terbang bawa benih jagung aku hehe

wynn78 : bestkan kalau kita ada link sampai luar negarakan...kan?










No comments:

Post a Comment