Inilah kad raya pertama yang aku dapat daripada BHP petrol,hanya kad raya jek duit raya xde..huu.Mungkin tahun ni boleh boleh tukar point dengan air tin lagi macam tahun sudah banyak betul aku tukar air tin sampai 2 carton lebih.Apa2 pun selamat menjalani ibadah puasa.
Thursday, August 9, 2012
Tuesday, August 7, 2012
Jom Baca Al Quran
Kaedah terkini untuk belajar & menghayati Al-Quran
1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.
2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.
3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.
Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Dapatkan maklumat lanjut di sini:
-->> http://www.myqurandigital.com/index.php?ref=wynn78

Sunday, August 5, 2012
Nafsu..nafsu...18x
Baru-baru ni aku hendak mencari katil bujang single untuk di isi kedalam rumah sewaku yang full furnished tu.Aku mempelawa bini aku,"sayang nak ikut abg pergi kedai perabot tak?"bini aku menjawab"nak..nak..".Kami sekeluarga pun pergilah,dengar cerita kat westcourt ada jualan murah Hari Raya.Sampai je kat sana,kami pun membeleklah cari yang mana berkenan.Aku nak cari katil yang paling murah sekali tapi takde yang biasa pun ratus-ratus gak kerana perabotnya banyak stylo terkini.Aku tak berkenan pasal mahal gak,baik aku cari kedai perabot biasa.Lepas tengok katil,Aku dan bini aku tengok plak sofa,memang ada niat nak tukar sofa tapi bukan sekarang.aku cakap kat salesman tu nak yang full leather dia tunjukkan aku yang offer lebih kurang 800++.Aku tengok design dia biasa aje tak menarik.Aku ushar2 lagi,sekali terjumpa satu sofa full leather kat belakang sekali.Bila aku duduk mak ai sodapnya,siap boleh ejas dia punya kaki dengan belakang sampai boleh baring.anak2 aku pun seronok termasuk mama diaorang.aku tanya salesman tu berapa rege?sekali...korang tengoklah sendiri harganya kat dalam gambo kay.Akhirnya aku menyunting jugaklah sofa tu huuuu....kopak duit den.Aku tanya bila boleh sampai?mungkin 3 minggu kata salesman tu.Lamanya?dia cakap sofa ni kena tempah dulu pasal tak de ready stock malah nak buat pun kat KL beb,untung orang KL yek dekat jek kilang dia.Moral of story citer ni...susah betui nak kawal nafsu ni yek...tambahan ada duit plak.Nasihat aku kat korang kalau tak nak duit melayang jangan dok merayau2 kat jualan murah kay..huuu

wynn78 : sesiapa nak merasa keempokan sofa baru aku,datanglah rumah aku kay..hehehe
Thursday, August 2, 2012
Offer sempena hari raya 50% wow!!
Assalamualaikum..kepada semua pembaca blog di sini aku nak promote sikit pasal ada sales untuk baju kanak-kanak yang canti-cantik belaka malahan sempena bulan ramadhan ini,Owner blog luqnicecollection bermurah hati sempena hari baik bulan baik memberikan potongan 50% tuu..malahan siapa yang beli baju banyak boleh dapat hadiah yang istimewa yang di sedia.Jadi marilah beramai-ramai bershopping kat sini
Tuesday, July 31, 2012
Aku seekor ayan jantan
Aku seekor ayam.Nama aku Brad pit.Aku dilahirkan tanpa ibu bapa.Bila aku keluar je dari telur aku lihat hanya mentol je yang ada diatas kepala aku.Mana bapak aku?mana mama aku?selepas dilahirkan,aku di letakkan didalam sangkar bersama-sama rakan yg lain.kemudian aku di letakkan ke dalam kotak yang ada lubang-lubang.Aku berasa takut sebab tempat tu gelap.Aku dapat rasakan gegaran yg kuat beberapa ketika,tiba-tiba ada 2 gergasi bercakap “haiya ada baru punya ayam ka?”.Aku selagi lagi ditempatkan di dalam sangkar besar di sebuah kedai jual anak ayam.disitu aku tengok macam-macam jenis spesis ada,tengkuk pendek ada,panjang ada dan kaler ada macam-macam.Masalahnya aku ni rabun ayam,aku tak tau kaler apa?.Suatu hari ada sorang jejaka muda lagi gagah perkasa membawa aku pergi entah kemana?sedar-sedar aku sampai di rumahya di kampung Padang Tembak,Lumut.Aku tahu pasal dalam perjalanan aku sempat membaca sign board di tepi jalan masuk ke rumah orang itu.Aku diberikan makanan sedap-sedap setiap hari seperti nasi ayam,yang herannya nasi itik tak de pulak?.Sekarang aku sudah dewasa,ramai awek nak mendampingi aku.Tetapi yg peliknya jejaka yg membela aku tu,Hari-hari tangkap aku dan letakkan di atas benda yg ada jarum berpusing,Aku x pasti dan binggung dgn kelakuan jejaka tersebut.pada suatu hari aku di tangkap oleh jejaka tersebut bersama seorang lagi kawannya.Aku meronta-ronta dan dengan kudrat yang ada,aku menjerit sekuat-kuat hatiku kiok…kiok…tiba-tiba terasa pedih di leherku.Aduh pedihnya…rupa-rupanya aku disembelih.Aku pun mati.
Tamat...
“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My“
Monday, July 30, 2012
Rumah sewaku tersingkir dari mudah...
Alhamdulilah..syukur ke hadrat Ilahi kerana rumah sewaku telah penuh diisi dengan penyewa yang bertuah setelah di tapis dengan tapis santan.(jgn mare).Untuk pengetahuan korang,mengikut perancangan aku hendakkan menyewa rumah aku dengan fully furnished.Tetapi diatas permintaan bakal penyewa aku yang bertuah serta budi bicara aku, pencapaian yg aku dapat penyewa dengan kadar sebuah fully furnished manakala 3 buah lagi not fully furnished.Korang tak nampak dah iklan aku di mudah.com pasal aku dah delete kay.kepada bakal penyewa baru yang akan menduduki rumah baru aku,Aku mengucapkan selamat menduduki rumah baru yang menyelesakan serta tolong jaga rumah sewaku seperti rumah kalian.Terima kasih.Kepada yang tidak berjaya cuba lagi next projek kay...
senyum si cicak
wynn78 : sedihku rasakan awek senetron indonesia macam penyewa rumah AE tak ku temui,Tetapi balak indonesia yang ku temui...huuu
Blog aku dah sampai indonesia.....
Sebelum ni aku ada terima pesanan di bahagian chat yg kecil kat sebelah kanan blog nak order benih jagung.Apabila aku bertanyakan daripada mana?dia mengatakan daripada indonesia.Aku biarkan saja,mungkin saja nak main-mainkan aku.Tetapi baru-baru ni aku di kejutkan dengan panggilan telefon dengan nombor yg banyak,aku tak angkat.Selepas itu aku terima satu sms daripada saudara yerrios.Aku menghubungi beliau melalui yahoo bertanyakan apa yang boleh aku tolong.Sebenarnya beliau hendak mengetahui tentang benih jagung yg aku jual dan hendak membelinya.Aku jadi pening mengenangkan jarak antara kami begitu jauh.Aku meminta alamatnya dan aku mendapati beliau tinggal di sumatera barat Indonesia.Baru aku terfikir hanya di hujung jari kita boleh mentakluki dunia.Hebat sungguh siapa yang menciptanya.Kepada saudara yerrios aku akan usahakan selagi terdaya kay.Aku cuma kongsikan kepada kalian pengalaman yg unik ni pada korang..kay
kapal terbang bawa benih jagung aku hehe
wynn78 : bestkan kalau kita ada link sampai luar negarakan...kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)