Sunday, August 5, 2012

Nafsu..nafsu...18x

Baru-baru ni aku hendak mencari katil bujang single untuk di isi kedalam rumah sewaku yang full furnished tu.Aku mempelawa bini aku,"sayang nak ikut abg pergi kedai perabot tak?"bini aku menjawab"nak..nak..".Kami sekeluarga pun pergilah,dengar cerita kat westcourt ada jualan murah Hari Raya.Sampai je kat sana,kami pun membeleklah cari yang mana berkenan.Aku nak cari katil yang paling murah sekali tapi takde yang biasa pun ratus-ratus gak kerana perabotnya banyak stylo terkini.Aku tak berkenan pasal mahal gak,baik aku cari kedai perabot biasa.Lepas tengok katil,Aku dan bini aku tengok plak sofa,memang ada niat nak tukar sofa tapi bukan sekarang.aku cakap kat salesman tu nak yang full leather dia tunjukkan aku yang offer lebih kurang 800++.Aku tengok design dia biasa aje tak menarik.Aku ushar2 lagi,sekali terjumpa satu sofa full leather kat belakang sekali.Bila aku duduk mak ai sodapnya,siap boleh ejas dia punya kaki dengan belakang sampai boleh baring.anak2 aku pun seronok termasuk mama diaorang.aku tanya salesman tu berapa rege?sekali...korang tengoklah sendiri harganya kat dalam gambo kay.Akhirnya aku menyunting jugaklah sofa tu huuuu....kopak duit den.Aku tanya bila boleh sampai?mungkin 3 minggu kata salesman tu.Lamanya?dia cakap sofa ni kena tempah dulu pasal tak de ready stock malah nak buat pun kat KL beb,untung orang KL yek dekat jek kilang dia.Moral of story citer ni...susah betui nak kawal nafsu ni yek...tambahan ada duit plak.Nasihat aku kat korang kalau tak nak duit melayang jangan dok merayau2 kat jualan murah kay..huuu



wynn78 : sesiapa nak merasa keempokan sofa baru aku,datanglah rumah aku kay..hehehe




   

No comments:

Post a Comment