Tuesday, July 15, 2014

Program Kachor Bubur Lambuk

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa...Sempena Nuzul Al-Quran kami persatuan belia Kampung Padang Tembak & Teluk Muruh menganjurkan Program kacor bubur lambuk bagi mengeratkan talian persaudaraan & Ukhwah yang terjalin.Aku perhatikan memang bagus program sebegini kerana yang tua dan muda bergabung tenaga untuk menyiapkan bubur lambuk ibarat pepatah "Yang tua di hormati..yang muda di sayangi".Kami bermula jam 10pagi dan berakhir lebih kurang 3ptg setelah selesai mengedarkan ke rumah-rumah penduduk kampung.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..kepada korang nak rasa bubur lambuk Kampung Padang Tembak datanglah surau,setiap petang ada pakcik Salim memasaknya.Kalau nak rasa yang aku masak tahun depan yek..Layan gambar kat bawah..

ada gaya chef tak??
MB Perak & Datin sedang mengachor bubur



Gimik penyerahan bubur
bertungkus lumus..terbaikk!!!

wynn78 : Secara jujurnya dari hatiku...memang seronok membuat kerja kemasyarakatan sebegini, korang cubalah, Insyallah terasa nikmatnya.









Tuesday, July 1, 2014

KARNIVAL UDARA RC AEROMODELLING PERAK 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Entri kali mengenai fun fly di Batu Gajah perak yang diadakan pada 21-22 jun 2014 baru-baru ni.Untuk pengetahuan korang Penaung bagi permainan RC di seluruh malaysia ialah Raja Muda Perak Tuanku Jaafar.Aku takde nak cerita panjang,korang layanlah gambar yang aku kongsikan di bawah ni yek..

wynn78 : ku susun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap...semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...selamat berbuka puasa