Wednesday, March 19, 2014

Duit Refinance rumah dah masuk...Project begin

Syukur alhamdulilah..setelah menunggu beberapa bulan,baru duit loan refinance rumah masuk akaun(lama gak aku menunggunya).Ini adalah pengalaman pertama aku refinance rumah kerana sebelum tu aku tak jadi,selepas aku berfikir kembali dan mencari pro & contra apabila buat refinance ni,aku jumpa titik noktahnya.segala kesulitan,kepayahan,aku sisipkan satu persatu permasalahan serta cara-cara refinace rumah ni didalam kotak mindaku.

Rupa-rupanya tak lah susah sangat buat refinance ni...cuma yang jadi lambat urusan dari sebuah bank lama ni yang memang lembab dari semua segi.lagi satu lawyer bank yang dilantik...perghhh,nak duit macam takde hari esok dah,tak sempat-sempat padahal pegawai bank dah cakap bank akan bayar guna "LO".Yang aku tak tahan siap boleh sound "selagi duit tak bayar kerja tak jalan".

Takpe hari tu hari dia(bukan aku tak nak bayar padahal bank cakap diaorang dah masukkan dalam loan tu).Apa lagi aku tekan pegawai bank yang uruskan loan aku tentang lawyer yang tak faham bahasa serta sombong giler(aku heran macamanalah bank boleh lantik dia).Sesungguhnya Allah maha Adil...time aku plak nak tenyeh lawyer tu pasai urusan semua di tangan lawyer..apalagi aku pulang paku buah keraslah...bila nak duit tak sempat-sempat,buat kerja lembab giler,kelam kabut dibuatnya...hari-hari aku call lawyer tu.Pasal pegawai bank yang handle tu cakap lawyer punya kerja,tu yang aku tenyeh hari-hari lawyer tu.

Daripada pengalaman yang aku dapat,bab ni lah kot cabaran yang kena lalui,lagi satu bila bank dah settle balance duit rumah kita,montly loan dah kena bayar walaupun kita tak dapat duit lagi...huuu, macam aku kena 3 bulan.Tapi pada aku teramat-amatlah bersyukur rezeki ni,kerana aku adalah orang yang paling akhir refinance sebelum keluar peraturan baru dari bank negara.syukur sangat-sangat.Jadi target aku tahun baru ni,bermulalah projek baru aku...nantikanlah yek...


wynn78 : sekarang dok sibuk dengan perbincangan bersama kontraktor





Thursday, March 13, 2014

Dividen Bank Rakyat 15%

Bank Rakyat agih RM446 juta

Oleh Hafiz Ithnin

Kuala Lumpur: Bank Rakyat Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen tunai 15 peratus bernilai RM446 juta kepada 960,000 ahlinya yang terdiri daripada koperasi dan orang awam bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bersandarkan prestasi positif keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM2.13 bilion.
Bank Koperasi berkenaan turut mencatatkan keuntungan bersih RM1.91 bilion meningkat 8.7 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya dan pendapatan kasar RM6.07 bilion.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malik berkata, keputusan PBTZ bagi tahun kewangan 2013 adalah setara dengan 2012 berikutan prestasi ekonomi global tidak menentu. Namun, ia tetap dilihat positif.

Beliau berkata, mengenai pembayaran dividen 15 peratus dilihat masih tinggi walaupun pada tahun sebelumnya Bank Rakyat membayar 18 peratus termasuk dua peratus bonus kepada ahlinya.
Foto DARI kiri Mustafha, Sabbaruddin, Hasan, Ahmad Bashah dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus bergambar bersama replika cek dividen.

“Jumlah aset juga meningkat 4.9 peratus dari tahun ke tahun kepada RM82.88 bilion berbanding RM79.02 bilion pada tahun lalu. Manakala, pulangan atas aset kekal tinggi pada kadar 2.6 peratus.

“Kualiti aset Bank Rakyat bagi 2013 juga bertambah baik yang mana nisbah pembiayaan terjejas kasar adalah pada kadar 2.2 peratus berbanding 2.5 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya pada pengumuman prestasi kewangan Bank Rakyat yang berakhir 31 Disember 2013 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak.

Hasan berkata, prestasi positif yang dicatatkan oleh Bank rakyat menunjukkan kemampuannya untuk membantu lebih ramai pemain industri koperasi di Malaysia untuk mendapatkan pembiayaan dan faedah perniagaan yang dijalankan oleh bank berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14
credit to harian metro

wynn 78 : Syukur alhamdulilah...dah ada duit free nak shopping cuti sekolah ni