Tuesday, June 26, 2012

Puyuh telur

Entry kali pasal burung puyuh yang aku bela dah mula bertelur hari-hari di dalam sangkar baru yang aku buat.Kalau banyak kita bela dah tentu banyak telurnya kerana tiap-tiap hari bertelur.Korang layan gambar kat bawah kay..




wynn78 : Cuba korang tengok bangsa cina kalau buat sesuatu diaorang tekun,contoh kalau bela puyuh daripada induk sampai jual telur,daging semuanya sendiri.Fikir-fikirkanlah...
 



   

Sunday, June 24, 2012

Lagi satu Projek mega tahun 2012

Post kali ni pasal projek tahun ni punya.Betullah kata orang macamana nak dapat rumah sewa banyak-banyak macam abangensem tu yek??jawapannya korang dapatkan sebuah dulu korang akan dapat macamana caranya nak dapat yang kedua,ketiga dan seterusnya.Jadi korang layanlah dulu gambar tapak projek yang baru di labelkan tanahnya.Berapa buah aku nak buat,korang tunggulah entry yang akan datang kay..doakan kejayaan aku yek kawan-kawan.








wynn78 : Tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalan investment saya ni,bolehlah menghubungi 019-4611110 win dengan pulangan modal yang singkat beserta dividen yang tinggi.




   

Pengalaman aku dengan Bank Islam

Post kali ni lebih kepada aku nak meluahkan perasaan aku yang tidak puas hati dengan layanan pihak bank islam ni.Al kisahnya baru-baru ni aku nak terima satu risalah pinjaman daripada bank islam tentang pinjaman peribadi yang murah dengan interestnya 3.95% wow rendahkan?Anda jangan tertipu dengan helahya kerana ianya mengikut kadar BLR semasa.Kalau naik pengsan dibuatnya,ianya satu perangkap!!!.Yang aku tidak puas hati adalah aku pun membuat permohonan pinjaman,pada permulaan menghantar borang semuanya ok siap di kepilkan dengan agrement 2 buah rumah sewa aku,kata executive sales manager tu semuanya ok.Dek kerana nak kan interest yang rendah aku pun tunggu penuh sabar sehingga 1 bulan lebih tiada khabar berita.aku mula telefon,tapi tak angkat.Sms baru jawab..malangnya dia mintak lagi slip gaji terkini.Kena tunggu lagi katanya hari isnin boleh sign tunggu aproval HQ.Tunggu punya tunggu dah seminggu.Aku hilang sabar telefon,sama juga tak angkat.Lepas tu aku terima sms dah lulus tapi ada ridius pulak.Aku terus cancel je pinjaman tersebut.Bila di tanya kenapa tak lulus dia kata HQ tak faham.Kepada korang di luar sana aku sarankan pergilah bank rakyat yang mesra pelanggan tak sampai 2 hari dah boleh lulus interestnya 3.98% tetap.Aku merasakan waste my time dengan bank islam ni,Projek aku terbengkalai,itu yang amat membengangkan aku.Pada aku tukarlah nama bank islam tu kepada nama lain,bukan nak tolong orang islam pun.Bank yang nama islam tapi bukan macam islam pun.Puas hati aku menceritakan kat korang semua.Korang ingat interestnya tak tetap untuk tahun ni je 3.95% dan akan berubah bila2 masa.aku kongsi ni melalui pengalaman aku untuk di kongsi bersama.

wynn78 : Ramai pelanggan dah komplen kat bank negara pengurusan yang lambat,lembab dan s***




   

Thursday, June 21, 2012

Alam mistik penuh misteri....

Kali pasal aku ada di kurnia rezeki aku pun tak tahu nak cakap macamana.Puyuh yang aku bela menetas telur yang pelik.Tapi sebelum aku dapat telur tersebut si puyuh jantan begitu garang sekali apabila orang pergi dekat dengan sangkarnya dia pasti akan berbunyi seolah-olah satu amaran,jika suakan tangan di patuknya tangan kita hingga tak lepas.Selepas beberapa hari ibuku menjumpai telur yang aneh tu,Aku pun bertanyakan orang yang bijak pandai tentangnya,aku dapati bermacam-macam jawapan.Sesetengah orang mengelarnya telur jantan,buntat,geliga.Aku pun tidak berapa arif tentangnya tetapi aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.Ini adalah satu alamat yang ditentukan tuhan terhadap makluknya.Sekiranya ada orang yang bijak pandai dalam hal ni bolehlah komen atau hubungi aku untuk memberi penjelasan tentang kejadian aneh ini.Sekiranya ada sesiapa yang berkenan juga bolehlah di bincang jua.



wynn78 : Ada seseorang telah membuat penawaran dengan telur tersebut




   

Jom berkelah...

Baru-baru ni aku & family pergi berkelah di lata kinjang kat Tapah.Rehatkan minda melihat keindahan alam ciptaan tuhan.Alhamdulilah lega rasanya lepas pergi mandi kat situ dengan airnya yang begitu sejuk sampai bibir anakku berwarna biru pun tak nak naik lagi.Korang cubalah pegi kat situ best!!


s

wynn78 : Lega betul rasanya dapat release tension setelah penat bekerja...memang terbaik!!!




   


Ayam kampung ori menetas

Kali pasal batch ke 2 hasil daripada mesin inkubator yang aku cipta menetaskan 3 ekor anak ayam kampung original bukan kacukan.Aku cuma lambat post pasal sibuk dengan tugas harian dan future projek aku untuk tahun 2012.Sekarang ni aku cuba tetaskan telur puyuh,nanti bila dah jadi aku akan uploadkan gambarnya.So pada sesiapa yang nak buat tempahan mesin inkubator aku yang jimat dan murah daripada pasaran cal jek aku di talian 019-4611110 win rege gerenti murah daripada pasaran!!!




s


wynn78 : Seronok sangat aku rasakan dapat menetaskan telur ayam dengan sendiri,kalau korang buat baru korang dapat rasakan perasaan yang aku alami.
 



   

Sunday, June 17, 2012

tension giler.....

Sudah 3 hari masuk hari ni area rumah aku takde internet pasai kena curi kabel start hari jumaat lagi.Aku dah report kat telekom,operator kata hari isnin huu..lambatnya.nih aku update blog dari wifi jek..tension..tension..tension.Kepada pencuri kabel di luar sana janganlah anda mencuri kabel lagi,carilah kerja lain yang halal.Habis semua kerja tergendala time cuti plak tu.Telekom pun tak nak upgrade free jek unifi tuh,pasti diaorang tak curi lagi pasai kabel dia fiber optik jek xde tembaga ataupun buatlah broadband ke?hish...tension kena hari cuti plak tu.

inilah rupa aku agaknya

wynn78 : baru aku rasa macamana internet tak de.Korang pernah rasa begitu tak?









Wednesday, June 13, 2012

yang mana satu pilihan hati....

Kali ni pasai nak beli handphone plak,aku sekarang dalam dilema mana satu nak beli?Jadi korang tengok-tengoklah yang mana sesuai dengan jiwa aku yang suka berbisnes nih..hehehe

galaxy note

galaxy s3

galaxy tab 7

wynn78 : cuba korang pilih jap kat aku,lepas tu komen kat bawah kenapa aku perlu pakai yg korang pilih kay.




   

Saturday, June 9, 2012

Majlis menyambut di rumah pengantin lelaki

Sibuk sungguh dalam musim cuti sekolah ni,Sampai tak sempat aku nak update blog aku nih.Korang macamana dengan percutian sekolah ni?mesti best melancong kan??Entry kali ni aku update gambar pada majlis perkahwinan adik aku di rumah orang tuaku.Korang layan gambar di bawah..

Selamat pengantin baru

nak baling gula-gula kat budak

kesiannya anak aku ni

banner pengantin

mek@ibu tercinta

penyambut tetamu

abang sibuk nih

mantara angkat pinggan

tetamu vvvip

wynn78 : Lega rasanya bila selesai sudah majlis perkahwinan adik aku ni berjalan lancar.Aku dah ada pengalaman jadi tuan rumah macam bapa pengantin...AL-fatihah untuk arwah ayahku Ismali bin sulong semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.