Tuesday, July 31, 2012

Aku seekor ayan jantan


Aku seekor ayam.Nama aku Brad pit.Aku dilahirkan tanpa ibu bapa.Bila aku keluar je dari telur aku lihat hanya mentol je yang ada diatas kepala aku.Mana bapak aku?mana mama aku?selepas dilahirkan,aku di letakkan didalam sangkar bersama-sama rakan yg lain.kemudian aku di letakkan ke dalam kotak yang ada lubang-lubang.Aku berasa takut sebab tempat tu gelap.Aku dapat rasakan gegaran yg kuat beberapa ketika,tiba-tiba ada 2 gergasi bercakap “haiya ada baru punya ayam ka?”.Aku selagi lagi ditempatkan di dalam sangkar besar di sebuah kedai jual anak ayam.disitu aku tengok macam-macam  jenis spesis ada,tengkuk pendek ada,panjang ada dan kaler ada macam-macam.Masalahnya aku ni rabun ayam,aku tak tau kaler apa?.Suatu hari ada sorang jejaka muda lagi gagah perkasa membawa aku pergi entah kemana?sedar-sedar aku sampai di rumahya di kampung Padang Tembak,Lumut.Aku tahu pasal dalam perjalanan aku sempat membaca sign board di tepi jalan masuk ke rumah orang itu.Aku diberikan makanan sedap-sedap setiap hari seperti nasi ayam,yang herannya nasi itik tak de pulak?.Sekarang aku sudah dewasa,ramai awek nak mendampingi aku.Tetapi yg peliknya jejaka yg membela aku tu,Hari-hari tangkap aku dan letakkan di atas benda yg ada jarum berpusing,Aku x pasti dan binggung dgn kelakuan jejaka tersebut.pada suatu hari aku di tangkap oleh jejaka tersebut bersama seorang lagi kawannya.Aku meronta-ronta dan dengan kudrat yang ada,aku menjerit sekuat-kuat hatiku kiok…kiok…tiba-tiba terasa pedih di leherku.Aduh pedihnya…rupa-rupanya aku disembelih.Aku pun mati.
Tamat...

“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My








2 comments:

  1. good luck.... nice karangan :D

    nk join jugakkk

    ReplyDelete
  2. cepat join AE dgn Zarulumbrela nak bagi duit raya..hehehe.karangan merapu memang syok

    ReplyDelete