Monday, July 30, 2012

Rumah sewaku tersingkir dari mudah...

Alhamdulilah..syukur ke hadrat Ilahi kerana rumah sewaku telah penuh diisi dengan penyewa yang bertuah setelah di tapis dengan tapis santan.(jgn mare).Untuk pengetahuan korang,mengikut perancangan aku hendakkan menyewa rumah aku dengan fully furnished.Tetapi diatas permintaan bakal penyewa aku yang bertuah serta budi bicara aku, pencapaian yg aku dapat penyewa dengan kadar sebuah fully furnished manakala 3 buah lagi not fully furnished.Korang tak nampak dah iklan aku di mudah.com pasal aku dah delete kay.kepada bakal penyewa baru yang akan menduduki rumah baru aku,Aku mengucapkan selamat menduduki rumah baru yang menyelesakan serta tolong jaga rumah sewaku seperti rumah kalian.Terima kasih.Kepada yang tidak berjaya cuba lagi next projek kay...


senyum si cicak

wynn78 : sedihku rasakan awek senetron indonesia macam penyewa rumah AE tak ku temui,Tetapi balak indonesia yang ku temui...huuu









Blog aku dah sampai indonesia.....

Sebelum ni aku ada terima pesanan di bahagian chat yg kecil kat sebelah kanan blog nak order benih jagung.Apabila aku bertanyakan daripada mana?dia mengatakan daripada indonesia.Aku biarkan saja,mungkin saja nak main-mainkan aku.Tetapi baru-baru ni aku di kejutkan dengan panggilan telefon dengan nombor yg banyak,aku tak angkat.Selepas itu aku terima satu sms daripada saudara yerrios.Aku menghubungi beliau melalui yahoo bertanyakan apa yang boleh aku tolong.Sebenarnya beliau hendak mengetahui tentang benih jagung yg aku jual dan hendak membelinya.Aku jadi pening mengenangkan jarak antara kami begitu jauh.Aku meminta alamatnya dan aku mendapati beliau tinggal di sumatera barat Indonesia.Baru aku terfikir hanya di hujung jari kita boleh mentakluki dunia.Hebat sungguh siapa yang menciptanya.Kepada saudara yerrios aku akan usahakan selagi terdaya kay.Aku cuma kongsikan kepada kalian pengalaman yg unik ni pada korang..kay

kapal terbang bawa benih jagung aku hehe

wynn78 : bestkan kalau kita ada link sampai luar negarakan...kan?










Tuesday, July 24, 2012

Berbagai ragam manusia...

Itulah gambaran yang dapat aku gambarkan..kepenatan melayan berbagai-bagai karenah manusia di alam fana ini.Bagaimanalah orang yang memiliki banyak rumah untuk manage diaorang punya rumah sewa?contoh macam AE,mesti penat kan?kan? Aku sekarang ni kepenatan kerana dalam di selubungi keadaan dimana mencari penyewa yang terbaik untuk 4 buah rumah sekaligus.Ramai yang aku attend untuk menyewa rumah aku,jenuh aku rasa.Kejap-kejap orang call,rasa-rasa macam nak ambil operator la pulak hehehe..Aku ada 1 cerita nak kongsikan dengan korang,mungkin ini kali pertama aku kot.Salah seorang penyewa yang aku ambil bayar untuk setahun terus...perghh ternganga aku di buatnya.Kalau korang nak kongsi pengalaman korang dengan aku pasal penyewa bolehlah letak kat komen di bawah kay.Untuk pengetahuan korang rumah aku hanya tinggal 1 lagi jek kekosongan untuk di huni tetapi aku masih mengharapkan bakal penyewa aku macam AE nakkan yang gadis bujang macam pelakon sinetron indonesia tu.Kepada pemohon yang tidak berjaya aku susun sepuluh jari meminta kemaafan diatas sebab-sebab penilaian juri tetap dan juga undian sms yang rendah...harap maaf.



wynn78 : Aku masih mengharapkan kehadiranmu.....hehehe









Monday, July 23, 2012

Abang Ensem menjawab...

Terima kasih berbanyak pada Otai kita Abang ensem kerana sudi menjawab soalan cepu emas dari saya.Beberapa hari lepas aku dalam dilema dengan rumah yang bakal aku sewakan kepada penyewa yang bertuah.Soalan aku berbunyi begini.wahai abang ensem yang budiman,saya nak sewakan rumah saya full furnished or not furnished?(saja tambah ayat echo untuk menyedapkan soalan).nak tengok masuk blog ni kat sini.Sekarang saya dah dapat jawapan yang paling bernas daripada sifu otai kita Abang Ensem kat sini.kalau yang baru nak belajar carilah Abang Ensem,pergilah kelas seminar yang beliau anjurkan.Insyaalllah kita akan menemui jalan yang sepatutnya.nak tau jawapannya boleh tengok gambar dibawah bersama wajah abang ensem yang tersandar tu...hehehe layan


wynn78 : Carilah guru untuk kita belajar supaya kita tidak sesat jalan.










Sunday, July 22, 2012

Rumah sewaku masuk mudah

Letih...itu yang mampu aku ungkapkan sejak hari sabtu malam.Kerana apa?kerana dia..hahaha(maaf saja buat lawak skit).Handphone aku berbunyi tak henti-henti kerana di kejutkan oleh bakal penyewa bertuah aku...hehehe.Bolehlah aku katakan macam goreng pisang panas nak melayan satu persatu orang yang call.Aku rasakan macam operatorlah pulak,malam tu aku pegi terawih,aku tinggalkan handphone aku.bila balik punyalah banyak misscallnya.Aku minta maaflah pada yang call aku tak dapat jawab.semalam hari ahad semua pakat nak tengok rumah,jenuh aku melayan,lastly aku suruh mak aku pulak layan pasal aku nak balik masuk keje kul 3 petang.Alhamdulillah.setakat ni 2 orang dah confirm dengan bayaran deposit yang lainnya nak tengok hari ni dan esok.Ada seorang pelanggan tu datang nakkan 3 buah sekali,orang singapore katanya.Ada yang nak bagi sewa setahun terus tapi tak nak full furnished.pada aku siapa dulu bagi deposit dia punya.Kalau janji air liur maaflah yek.pada yang nak tengok iklan rumah sewaku ni masuk sini


wynn78 : Korang jangan lupa kat aku ada reservekan sebuah rumah untuk dijadikan Homestay,nak sewa jangan malu jangan segan call je 019-4611110 win








Friday, July 20, 2012

Selamat Hari Lahir Ibuku

Selamat hari lahir mek ku pada 20/7/2012 yang ke 55.Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.Along amat menyayangi mek,semoga mek berbahagia selalu.Amin ya rabbal alamin..
.
wynn78 : Sayangilah mak dan ayah kita selagi mereka masih ada.Gembirakanlah mereka seperti mereka meengembirakan kita sewaktu kecil..

 



   

Thursday, July 19, 2012

Pelan rumah semi D #2

Ini adalah gambar pelan rumah semi D aku yang ke 5 & 6.Pelan ni saja aku create untuk memberi kelainan setiap rumah berkembar aku.Buat masa ni pelan rumah berkembar aku yang pertama lain pelannya,yang kedua lain pelannya dan yang ini mungkin untuk rumah berkembarku yang dalam contruction.Mengikut kontraktor yang dilantik pelan bahagian dalaman masih boleh ditukar kedudukannya.Aku memikirkan pelan yang terbaik untuk bakal penyewa-penyewa aku bertujuan untuk keselesaan yang optimum.(ceh wah). Sekiranya korang ada buah fikiran yang terbaik,jangan malu dan segan untuk mengutarakan kepada Tetuan wynn78 yek...


wynn78 : Beruntungnya penyewa-penyewa aku dapat tuan rumah macam aku yek,mementingkan keselesaan pengguna.Cuma tak Ensem jek..huu