Tuesday, January 21, 2014

Kejujuran dalam persahabatan,perniagaan dll

Kali ni aku nak cerita pasal kejujuran hati seseorang kerana baru2 ni aku telah dikencing oleh seseorang pada pandangan aku tidak sepatutnya beliau buat begitu dengan perwatakan serta gelaran yang beliau ada.Apakah faktor seseorang itu tidak jujur dalam sesuatu perkara???

Pada aku memang susah sekarang ni mencari seseorang kawan yang jujur,hanya memilih bulu dalam berkawan,jika anda banyak wang ramai yang nak berkawan @ mengambil kesempatan terhadap kita,tidak kira usia walaupun seseorang itu tua@muda,sama aje.Memang aku amat terkilan sangat dengan ada seseorang ni,hati ni telah berkata2 dari awal berkenalan,tetapi aku pujuk hati mungkin tidak.

Beria2 kononya nak tolong aku tetapi akhirnya aku ditipu,Tipah tertipu bang......dan jalan penyelesaian aku tidak akan bersemuka denganya lagi dan terus quit daripada komuniti kumpulan terbabit walaupun ahli lain memujuk aku untuk kembali namun hati aku telah kecewa,mungkin ada hikmah disebaliknya.

Pada aku kerna aku telah lalai selama beberapa bulan ni,semua kerja aku selama ni,aku upah orang,sibuk nak pergi main.Sekarang ni aku ada balik masa untuk melihat kerja yang berfaedah tambahkan income balik.Itulah hikmahnya kerana sebelum ini aku telah habiskan banyak duit ke arah komuniti tersebut langsung tiada faedah ke atas aku.

Nasihat aku pada korang jujurlah dalam persahabatan,perniagaan kerana impaknya amat besar sekiranya seseorang itu bila di tipu menyebabkan yang rugi sesangat tiada kawan dll.Next post aku akan ceritakan pasal investment yang telah dituai hasilnya...tunggu....yek uols


 wynn78 : Jujurlah sayang...aku tak mengapa,jika nanti aku akan pergi...ku terima walau sakit hati.....






2 comments:

  1. haiishh...kene tipu dengan kawan yg dipercayai memang sgt tak best... semoga ada hikmah di sebalik kejadian ni...n smoge dipermudahkan utk semua :)

    ReplyDelete