Bank Rakyat agih RM446 juta
Kuala Lumpur: Bank Rakyat Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen
tunai 15 peratus bernilai RM446 juta kepada 960,000 ahlinya yang terdiri
daripada koperasi dan orang awam bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013
bersandarkan prestasi positif keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak
RM2.13 bilion.
Bank Koperasi berkenaan turut mencatatkan keuntungan bersih RM1.91 bilion meningkat 8.7 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya dan pendapatan kasar RM6.07 bilion.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan
Malik berkata, keputusan PBTZ bagi tahun kewangan 2013 adalah setara dengan 2012
berikutan prestasi ekonomi global tidak menentu. Namun, ia tetap dilihat
positif.
Beliau berkata, mengenai pembayaran dividen 15 peratus dilihat masih tinggi walaupun pada tahun sebelumnya Bank Rakyat membayar 18 peratus termasuk dua peratus bonus kepada ahlinya.
“Jumlah aset juga meningkat 4.9 peratus dari tahun ke tahun kepada RM82.88 bilion berbanding RM79.02 bilion pada tahun lalu. Manakala, pulangan atas aset kekal tinggi pada kadar 2.6 peratus.
“Kualiti aset Bank Rakyat bagi 2013 juga bertambah baik yang mana nisbah pembiayaan terjejas kasar adalah pada kadar 2.2 peratus berbanding 2.5 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya pada pengumuman prestasi kewangan Bank Rakyat yang berakhir 31 Disember 2013 di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak.
Hasan berkata, prestasi positif yang dicatatkan oleh Bank rakyat menunjukkan kemampuannya untuk membantu lebih ramai pemain industri koperasi di Malaysia untuk mendapatkan pembiayaan dan faedah perniagaan yang dijalankan oleh bank berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14
Bank Koperasi berkenaan turut mencatatkan keuntungan bersih RM1.91 bilion meningkat 8.7 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya dan pendapatan kasar RM6.07 bilion.
Beliau berkata, mengenai pembayaran dividen 15 peratus dilihat masih tinggi walaupun pada tahun sebelumnya Bank Rakyat membayar 18 peratus termasuk dua peratus bonus kepada ahlinya.
DARI kiri Mustafha, Sabbaruddin, Hasan, Ahmad Bashah dan Pengerusi
Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus bergambar
bersama replika cek dividen.
“Jumlah aset juga meningkat 4.9 peratus dari tahun ke tahun kepada RM82.88 bilion berbanding RM79.02 bilion pada tahun lalu. Manakala, pulangan atas aset kekal tinggi pada kadar 2.6 peratus.
“Kualiti aset Bank Rakyat bagi 2013 juga bertambah baik yang mana nisbah pembiayaan terjejas kasar adalah pada kadar 2.2 peratus berbanding 2.5 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya pada pengumuman prestasi kewangan Bank Rakyat yang berakhir 31 Disember 2013 di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak.
Hasan berkata, prestasi positif yang dicatatkan oleh Bank rakyat menunjukkan kemampuannya untuk membantu lebih ramai pemain industri koperasi di Malaysia untuk mendapatkan pembiayaan dan faedah perniagaan yang dijalankan oleh bank berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14
credit to harian metro
wynn 78 : Syukur alhamdulilah...dah ada duit free nak shopping cuti sekolah ni
nuffnang_bid = "df5dc03d17c793b4d395cad2bb98233b";
No comments:
Post a Comment