Thursday, November 21, 2013

Rahsia memberi sedekah

Assalamualaikum....Sempena penghulu segala hari ni,hari jumaat semoga semua dilimpahi rahmat dari yang Maha Esa.Kali ni aku nak share sikit apa yang aku lihat dengan mata kepala aku malam tadi.semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat semua.

Semalam selepas solat maghrib setelah selesai membaca yassin,rutin harian aku pergi membeli makanan untuk dinner.Aku teringat sebuah kedai di medan selera sitiawan nasi goreng ayam akak kelate yang sedaap tu,aku pun pergilah membonceng motosikal aku bersama anak yang kecil si meor luqmanulhakim.

Sampainya di situ hanya kedai akak tu je yang buka jadi orderlah nasi goreng ayam yang sedap tu.Sementara menunggu aku layanlah tv kat kedai tu...Tiba-tiba aku lihat seorang perempuan cina datang menaiki kereta menuju ketempat gelap sebelah kedai akak ni,aku pelik apa dibuatnya didalam gelap tu,aku perhatikan dia menyapu2 diatas lantai.pelik sungguh gelagat dia..mungkinkah dia nak baring kat situ....takkan kot gila bisik hati kecil.

Aku perhatikan lagi, dia mengeluarkan satu balang sambil mengoncang2kannya,tidak semena2 begitu banyak kucing liar datang kepadanya.....rupa2nya dia bagi kucing makan.Terlintas didalam hatiku kucing liar dibelakang rumahku selalu mengiau2 minta makan,selalunya aku bagi lebihan makanan aje itu pun kalau ada.Betapa mulianya insan ini memberi makanan kat kucing ni dengan friskies.

Termenung,terkilan,terkesima aku melihat bangsa lain ini sanggup memberi makan kepada binatang kesayangan rasulullah ini ya Allah.Aku tak puas hati lagi,aku nak tahu apa kerjanya.Kebetulan  makanan aku pun dah siap aku perhatikan kereta dia berlalu pergi lalu berhenti di hadapan sedikit dari kedai akak ni.

Rupa2nya dia adalah tokey kedai pasar mini,memang aku pernah beli kat kedai ni,memang ramai orang pun.Lihatlah bangsa lain pun percaya sedekah itu membawa barakah,binatang pun boleh mendoakan kita...masya allah.Korang renung2kanlah sedalam2nya apa yang cuba aku sampaikan ni yek.Jom solat Jumaat...

wynn78 : tersedar aku dari lamunan bahawa binatang pun boleh kita sedekah





No comments:

Post a Comment