Tuesday, July 10, 2012

baby baru

Syukur alhamdulilah...baby burung puyuh dah menetas,mula sekali menetas seekor lepas tu terus 4 ekor sekaligus.lama aku tak dapat update blog pasal sibuk dengan kerja,sekarang ni 5'S,korang keje ofis mesti tau kan??lagipun aku pun sibuk dengan projek baru aku.Tunggu entri akan datang tentang perkembangannya kay....



wynn78 : Best gak bela binatang macam-macam jenis ni yek,korang cubalah..



Monday, July 2, 2012

Madu oh madu...

Apa korang ingat haa..pasal tajuk kat atas...hehehe.Post kali ni pasal masa aku potong tunggul pokok kelapa kat tapak projek, aku menjumpai sarang lebah kelulut.Korang tahu tak apa dia lebah kelulut tu?macam ni aku terangkan kat korang,Lebah kelulut ni tak berbisa tapi dia pandai memungut madu juga macam lebah biasa.Memang manis beb madunya..bukan bermadu yek.Apa-apa pun korang layan gambar di bawah kay...



wynn78 : Aku nak bagi petua sikit,korang simpanlah madu dalam rumah korang kerana madu ni boleh menghalau penyakit. 
 



   

Update projek terbaru

Entri kali pasal projek terbaru aku tu apa citer?Sekarang ni under contruction sedang berjalan lancar,kemungkinan lepas hari raya boleh masuk penyewa baru yang bertuah..hehehe.Korang layanlah gambar di bawah dulu kay...nanti aku akan upload dari masa ke semasa perkembanganya.
kontraktor kecik






wynn78 : Apabila siap nanti,planning aku sebuah rumah dijadikan homestay.Sesiapa yang nak bercuti ke pulau pangkor bolehlah call aku.




   

Tuesday, June 26, 2012

Puyuh telur

Entry kali pasal burung puyuh yang aku bela dah mula bertelur hari-hari di dalam sangkar baru yang aku buat.Kalau banyak kita bela dah tentu banyak telurnya kerana tiap-tiap hari bertelur.Korang layan gambar kat bawah kay..




wynn78 : Cuba korang tengok bangsa cina kalau buat sesuatu diaorang tekun,contoh kalau bela puyuh daripada induk sampai jual telur,daging semuanya sendiri.Fikir-fikirkanlah...
 



   

Sunday, June 24, 2012

Lagi satu Projek mega tahun 2012

Post kali ni pasal projek tahun ni punya.Betullah kata orang macamana nak dapat rumah sewa banyak-banyak macam abangensem tu yek??jawapannya korang dapatkan sebuah dulu korang akan dapat macamana caranya nak dapat yang kedua,ketiga dan seterusnya.Jadi korang layanlah dulu gambar tapak projek yang baru di labelkan tanahnya.Berapa buah aku nak buat,korang tunggulah entry yang akan datang kay..doakan kejayaan aku yek kawan-kawan.








wynn78 : Tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalan investment saya ni,bolehlah menghubungi 019-4611110 win dengan pulangan modal yang singkat beserta dividen yang tinggi.




   

Pengalaman aku dengan Bank Islam

Post kali ni lebih kepada aku nak meluahkan perasaan aku yang tidak puas hati dengan layanan pihak bank islam ni.Al kisahnya baru-baru ni aku nak terima satu risalah pinjaman daripada bank islam tentang pinjaman peribadi yang murah dengan interestnya 3.95% wow rendahkan?Anda jangan tertipu dengan helahya kerana ianya mengikut kadar BLR semasa.Kalau naik pengsan dibuatnya,ianya satu perangkap!!!.Yang aku tidak puas hati adalah aku pun membuat permohonan pinjaman,pada permulaan menghantar borang semuanya ok siap di kepilkan dengan agrement 2 buah rumah sewa aku,kata executive sales manager tu semuanya ok.Dek kerana nak kan interest yang rendah aku pun tunggu penuh sabar sehingga 1 bulan lebih tiada khabar berita.aku mula telefon,tapi tak angkat.Sms baru jawab..malangnya dia mintak lagi slip gaji terkini.Kena tunggu lagi katanya hari isnin boleh sign tunggu aproval HQ.Tunggu punya tunggu dah seminggu.Aku hilang sabar telefon,sama juga tak angkat.Lepas tu aku terima sms dah lulus tapi ada ridius pulak.Aku terus cancel je pinjaman tersebut.Bila di tanya kenapa tak lulus dia kata HQ tak faham.Kepada korang di luar sana aku sarankan pergilah bank rakyat yang mesra pelanggan tak sampai 2 hari dah boleh lulus interestnya 3.98% tetap.Aku merasakan waste my time dengan bank islam ni,Projek aku terbengkalai,itu yang amat membengangkan aku.Pada aku tukarlah nama bank islam tu kepada nama lain,bukan nak tolong orang islam pun.Bank yang nama islam tapi bukan macam islam pun.Puas hati aku menceritakan kat korang semua.Korang ingat interestnya tak tetap untuk tahun ni je 3.95% dan akan berubah bila2 masa.aku kongsi ni melalui pengalaman aku untuk di kongsi bersama.

wynn78 : Ramai pelanggan dah komplen kat bank negara pengurusan yang lambat,lembab dan s***




   

Thursday, June 21, 2012

Alam mistik penuh misteri....

Kali pasal aku ada di kurnia rezeki aku pun tak tahu nak cakap macamana.Puyuh yang aku bela menetas telur yang pelik.Tapi sebelum aku dapat telur tersebut si puyuh jantan begitu garang sekali apabila orang pergi dekat dengan sangkarnya dia pasti akan berbunyi seolah-olah satu amaran,jika suakan tangan di patuknya tangan kita hingga tak lepas.Selepas beberapa hari ibuku menjumpai telur yang aneh tu,Aku pun bertanyakan orang yang bijak pandai tentangnya,aku dapati bermacam-macam jawapan.Sesetengah orang mengelarnya telur jantan,buntat,geliga.Aku pun tidak berapa arif tentangnya tetapi aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.Ini adalah satu alamat yang ditentukan tuhan terhadap makluknya.Sekiranya ada orang yang bijak pandai dalam hal ni bolehlah komen atau hubungi aku untuk memberi penjelasan tentang kejadian aneh ini.Sekiranya ada sesiapa yang berkenan juga bolehlah di bincang jua.



wynn78 : Ada seseorang telah membuat penawaran dengan telur tersebut