Wednesday, September 18, 2013

Refinance 10 tahun?? Loan asb 10 tahun???

                                                                
Aduhh...letih rasanya apabila mendengar berita baru ni.Semalam my wife sign aggrement refinance rumah untuk buat rumah he..he..(projek mega 2013).Semasa tengah sign aggrement tu wife aku sembang-sembanglah dengan pegawai bank terbabit.Antara butir-butir perbualan mereka begitu mengejutkan aku...habiss

Beliau bagitau selepas belanjawan ni refinance rumah hanya untuk 10 tahun sahaja...aduiyai jahanam.Lepas tu wife aku ada target dengan pasif income yang akan dapat selepas siap projek mega ni dia nak labur kan ke dalam loan asb 100k tetapi sekali lagi pegawai bank tersebut memberitahu berita tidak gembira.

Kononnya loan asb pun bagi tempoh 10 tahun je pinjamannya...sedih woo...
Aku berharap berita ni hanyalah khabar-khabar angin semata-mata,kalau ada sesiapa yang ada info atau boleh sahkan berita ni tolonglah bagitau yek,Dah lah personal loan pun 10 tahun jek..kerajaan nak rakyatnya tidak banyak berhutang atau tak nak bagi buat harta?Renung-renungkanlah...feeling sad

wynn78: kalau benarlah berita ni,macamana nak buat loan asb 100k sebelum belanjawan yek?




















Monday, September 2, 2013

Minyak Naik ke???...Naik Minyak???


Bermulanya malam tadi,aku nak keluar beli makanan,punyalah jem jalan di Bandar Sitiawan trafficlight simpang empat 5-6 kali hijau baru boleh lepas...Fuhh!!! penangan 2 kupang

Aku lihat ramainya orang tengah beratur nak isi minyak terutamanya di petrol pump Shell dan Petronas tapi di petrol pump BHP kuranglah pulak....emmm iklan memang main peranan penting betul.

Dalam keadaan sekarang apakah jalan penyelesaian diatas kenaikan harga minyak ron 95 rm0.20sen??salah satu cara bagi aku kereta yang kuat makan minyak ialah pemasangan NGV....ye..itulah yang terbaik.

Melalui pengalaman aku sendiri dulu aku pakai kereta malaysia,lama jugalah lebih kurang 5 tahun,aku pakai satria 1.3 masa tu ingatkan cc sesebuah kenderaan memainkan peranan daripada segi kos minyaknya.

Pada masa tu  aku lihat kereta import ni mesti minyak kuat tapi jangkaan aku salah sama sekali.Setelah aku mampu sedikit dengan ekonomi aku pada masa itu,aku tekad untuk merasa pakai kereta import jenis Honda dengan cc nya 1.6,aku dengan wife telah bersedia sekiranya minyaknya kuat makan.

Tetapi sekali lagi sangkaan aku meleset..rupa-rupanya kereta import ni save minyak...powerfull...serta keselesaannya yang maksimum.Pada akulah sekiranya Tuan-tuan,Puan-puan ada berniat untuk pakai kereta import aku syorkanlah gerenti puas hati..tak pening kepala beb!!!

wynn78 : Bilalah aku nak pakai mpv plak?dalam hati ada gak bunga-bunga cinta berputik hehehe














Thursday, August 22, 2013

Awas!!! peringatan pelabur Emas!!

Carta emas hari ini 23/8/2013

Carta emas 6 bulan lepas

Kali ni aku nak share kat korang sikit pasal pelaburan emas ni,mana yang dikatakan untung daripada sudut pandangan aku.Meh aku nak ajor sikit kat korang yang rasa rugi tu.Pada pandangan aku main emas ni yang baru 2-3 tahun jek.Aku main emas ni kononnya nak buat aset melalui membaca e-book percuma yang ada didalam internet ni.(terima kasih Tuan yang share e-book ni).

Aku nak tanya korang motif melabur nak apa?? mesti nak untung kan?? takkan nak simpan jek.Setelah aku main emas ni aku dapat idea sendiri melalui pengalaman aku untuk mendapat keuntungan dengan cara paling cepat.(jangan dengar cakap orang)pada aku la.bagi aku main emas ni sama je jalan cerita seperti main saham.

Aku combine kan kedua-duanya jadilah satu jalan penyelesaian.Jadi aku nak korang fikirlah macamana nak buat kay...ini adalah gambaram yang aku nak share realiti punya cara aku melalui pengalaman.Aku beli emas pada 18/4/2013 (korang boleh lihat entri aku yang lepas).Hari ini korang tengok carta yang aku bagi.Dalam dok analisis pun aku salah tafsir gak.

kalau nak diikutkan dalam tempoh 4 bulan ni aku dah boleh untung 2 kali.Untung yang mula 1 gram rm 8.00 untung yang ke 2 pada masa ini,hari ini,ketika ini masih belum dijual ialah 1 gram rm 10.00.Tetapi dalam aku dok analisis aku salah teka jugak janji ditepati aku tak rugi...betul tak???

wynn78 : Ilmu main emas ni aku dapat dengan berdoa pada yang esa dibukakan pintu hatiku...alhamdulilah syukur kerana buat masa ni aku langsung tak rugi dalam permainan emas nih



















Wednesday, August 21, 2013

PTPTN....PTPTN

Assalamualaikum...Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pembaca blog ni,dah lama rasanya aku tak update blog ni dekat 2 bulan lebih kot.Heboh sana sini diperkatakan sekarang pasal PTPTN nih...memang panas.

 Satu persatu masalah datang...bagi yang belajar tinggi kesian kalau masih mengganggur macamana nak bayor??nasib baiklah aku ni setakat spm pangkat 3 jek(banyak main masa sekolah).Pada aku mahasiswa yang masuk universiti tu kena tengok kos/bidang yang diambil dan hala tujunya.

 Memanglah masuk universiti tapi keluar susah kerja..contoh di kampung sebelah wife aku,Ramai yang masuk universiti keluar menganggur tiada kerja lastly kerja kilang..kesian dengan nasib mereka dimana silapnya aku pun tak tau..rugi masa,tenaga dll.

 Aku lihat impak PTPTN ni besar kerana aku lihat anak saudara aku ada belajar di kolej swasta pinjam ptptn,kerja tak dapat setimpal dengan sijil orang biasa pun boleh dapat kerja yang sama.Di tempat kerja aku pun sama berlambak yang ada ijazah tak dapat jawatan yang setaraf denganya.Kesian sungguh dengan nasib mereka.

Nasihat aku,Jangan sia-siakan masa kita "sesungguhya masa itu emas" sekiranya sekadar nak belajar tiada hala tuju nak seronok pakai duit mak bapak atau nak kawin habis belajar.Pada aku tak payahlah menyusahkan mak bapak yang amat-amatlah mengharapkan kejayaan anaknya dengan susah payah nak tanggung korang.


 wynn78 : Pandangan orang tahap spm pangkat 3...pegerusi Tabung Haji pun kelayakan akademik tahap spm gak.












Wednesday, June 12, 2013

Kuih raya murah Tart Nenas

Rm 22.00
promosi !!!
Rm 19.90
Homemade Biskut Raya murah sedap laris di pasaran!!!

PERCUMA!!! penghantaran khas untuk warga manjung..
harga borong!!!
pasti sampai depan pintu!!!

1.Tart Nenas-50pcs
(Jem nenas gred "A"/adunan lembut tanpa mesin )

Nak cari duit raya??
berita baik!!! kepada sesiapa yg 
berminat nak berniaga kami boleh
menolong anda menjadi agen kami menjual kuih raya lumayan!!!

Tempahan area Manjung,Sitiawan,Lumut sekitarnya..bagi luar kawasan anda order 5 balang PERCUMA!!! pos
Gerenti sedap & berkualiti..terbaikk!!! kepuasan anda kami utamakan..

Tempahan dan Pertanyaan:
call/whatsup 0194496434 (Siti Rohaya Syed Uri)

selamat menempah...
cepat!!cepat!!selagi promosi masih ada 














Tuesday, June 11, 2013

kuih raya murah rempeyek



Rm 25.00
promosi !!!
Rm 19.90
Homemade Biskut Raya murah sedap laris di pasaran!!!

PERCUMA!!! penghantaran khas untuk warga manjung..
harga borong!!!
pasti sampai depan pintu!!!

1.Rempeyek comel berkacang-100pcs pedas2 manja gitu 
(kacang terpilih/adunan bersama rempah ratus asli)

Nak cari duit raya??
berita baik!!! kepada sesiapa yg 
berminat nak berniaga kami boleh
menolong anda menjadi agen kami menjual kuih raya lumayan!!!

Tempahan area Manjung,Sitiawan,Lumut sekitarnya..bagi luar kawasan anda order 5 balang PERCUMA!!! pos
Gerenti sedap & berkualiti..terbaikk!!! kepuasan anda kami utamakan..

Tempahan dan Pertanyaan:
call/whatsup 0194496434 (Siti Rohaya Syed Uri)

selamat menempah...
cepat!!cepat!!selagi promosi masih ada 



Thursday, April 18, 2013

Saat yang ku idamkan!! emas turun harga!!!


Sibuk...busy...tak cukup masa...kejar masa..itulah yang terjadi pada aku semenjak dua menjak ni.Sekarang ni aku sibuk dengan Homestay aku yang baru dilancarkan bulan 3 aritu.

Lepas tu sibuk dengan kelas malam lagi,pastu sibuk pergi bercuti lagi he..he..he..(pakai duit free).Pasal emas nih aku memang dah lama tunggu saat-saat begini sebab keuntungan dan modal mula-mula aku main dah lama terperam beranak pinak kat tempat lain.

Sekarang ni lah hari pembalasan si pitung pada firasat aku adalah masa yang sesuai aku nak labur balik kat emas nih.Pada kengkawan yang nak main emas ni cari ilmu dulu baru main.Lagi satu pelaburan yang boleh nak melabur sekarang ialah dalam saham bskl kerana harga saham tengah merudum (mungkin lepas pilihan raya naik).

Itu jelah yang dapat aku coretkan sikit buat pembaca blog aku ni mengubat kerinduan hehehe..serta tak lupa pada yang nak bercuti ke Pulau Pangkor bandar pelancongan & Maritim cepat-cepatlah booking Homestay kat aku pasal semalam ada seorang customer aku dari Puncak Alam booking untuk 25/5/13 pasal chalet-chalet dah penuh.

kalau nak booking masuk sini atau klik je iklan homestay Luqnice kat sebelah kanan dalam blog ni.Apa-apa pun semoga semuanya sukses!!!

wynn78 : Rasa-rasanya nak pergi manalah pulak cuti sekolah bulan 5 ni ye?