Wednesday, August 21, 2013

PTPTN....PTPTN

Assalamualaikum...Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pembaca blog ni,dah lama rasanya aku tak update blog ni dekat 2 bulan lebih kot.Heboh sana sini diperkatakan sekarang pasal PTPTN nih...memang panas.

 Satu persatu masalah datang...bagi yang belajar tinggi kesian kalau masih mengganggur macamana nak bayor??nasib baiklah aku ni setakat spm pangkat 3 jek(banyak main masa sekolah).Pada aku mahasiswa yang masuk universiti tu kena tengok kos/bidang yang diambil dan hala tujunya.

 Memanglah masuk universiti tapi keluar susah kerja..contoh di kampung sebelah wife aku,Ramai yang masuk universiti keluar menganggur tiada kerja lastly kerja kilang..kesian dengan nasib mereka dimana silapnya aku pun tak tau..rugi masa,tenaga dll.

 Aku lihat impak PTPTN ni besar kerana aku lihat anak saudara aku ada belajar di kolej swasta pinjam ptptn,kerja tak dapat setimpal dengan sijil orang biasa pun boleh dapat kerja yang sama.Di tempat kerja aku pun sama berlambak yang ada ijazah tak dapat jawatan yang setaraf denganya.Kesian sungguh dengan nasib mereka.

Nasihat aku,Jangan sia-siakan masa kita "sesungguhya masa itu emas" sekiranya sekadar nak belajar tiada hala tuju nak seronok pakai duit mak bapak atau nak kawin habis belajar.Pada aku tak payahlah menyusahkan mak bapak yang amat-amatlah mengharapkan kejayaan anaknya dengan susah payah nak tanggung korang.


 wynn78 : Pandangan orang tahap spm pangkat 3...pegerusi Tabung Haji pun kelayakan akademik tahap spm gak.












No comments:

Post a Comment