Monday, September 2, 2013

Minyak Naik ke???...Naik Minyak???


Bermulanya malam tadi,aku nak keluar beli makanan,punyalah jem jalan di Bandar Sitiawan trafficlight simpang empat 5-6 kali hijau baru boleh lepas...Fuhh!!! penangan 2 kupang

Aku lihat ramainya orang tengah beratur nak isi minyak terutamanya di petrol pump Shell dan Petronas tapi di petrol pump BHP kuranglah pulak....emmm iklan memang main peranan penting betul.

Dalam keadaan sekarang apakah jalan penyelesaian diatas kenaikan harga minyak ron 95 rm0.20sen??salah satu cara bagi aku kereta yang kuat makan minyak ialah pemasangan NGV....ye..itulah yang terbaik.

Melalui pengalaman aku sendiri dulu aku pakai kereta malaysia,lama jugalah lebih kurang 5 tahun,aku pakai satria 1.3 masa tu ingatkan cc sesebuah kenderaan memainkan peranan daripada segi kos minyaknya.

Pada masa tu  aku lihat kereta import ni mesti minyak kuat tapi jangkaan aku salah sama sekali.Setelah aku mampu sedikit dengan ekonomi aku pada masa itu,aku tekad untuk merasa pakai kereta import jenis Honda dengan cc nya 1.6,aku dengan wife telah bersedia sekiranya minyaknya kuat makan.

Tetapi sekali lagi sangkaan aku meleset..rupa-rupanya kereta import ni save minyak...powerfull...serta keselesaannya yang maksimum.Pada akulah sekiranya Tuan-tuan,Puan-puan ada berniat untuk pakai kereta import aku syorkanlah gerenti puas hati..tak pening kepala beb!!!

wynn78 : Bilalah aku nak pakai mpv plak?dalam hati ada gak bunga-bunga cinta berputik hehehe














No comments:

Post a Comment