Tuesday, July 24, 2012

Berbagai ragam manusia...

Itulah gambaran yang dapat aku gambarkan..kepenatan melayan berbagai-bagai karenah manusia di alam fana ini.Bagaimanalah orang yang memiliki banyak rumah untuk manage diaorang punya rumah sewa?contoh macam AE,mesti penat kan?kan? Aku sekarang ni kepenatan kerana dalam di selubungi keadaan dimana mencari penyewa yang terbaik untuk 4 buah rumah sekaligus.Ramai yang aku attend untuk menyewa rumah aku,jenuh aku rasa.Kejap-kejap orang call,rasa-rasa macam nak ambil operator la pulak hehehe..Aku ada 1 cerita nak kongsikan dengan korang,mungkin ini kali pertama aku kot.Salah seorang penyewa yang aku ambil bayar untuk setahun terus...perghh ternganga aku di buatnya.Kalau korang nak kongsi pengalaman korang dengan aku pasal penyewa bolehlah letak kat komen di bawah kay.Untuk pengetahuan korang rumah aku hanya tinggal 1 lagi jek kekosongan untuk di huni tetapi aku masih mengharapkan bakal penyewa aku macam AE nakkan yang gadis bujang macam pelakon sinetron indonesia tu.Kepada pemohon yang tidak berjaya aku susun sepuluh jari meminta kemaafan diatas sebab-sebab penilaian juri tetap dan juga undian sms yang rendah...harap maaf.



wynn78 : Aku masih mengharapkan kehadiranmu.....hehehe









Monday, July 23, 2012

Abang Ensem menjawab...

Terima kasih berbanyak pada Otai kita Abang ensem kerana sudi menjawab soalan cepu emas dari saya.Beberapa hari lepas aku dalam dilema dengan rumah yang bakal aku sewakan kepada penyewa yang bertuah.Soalan aku berbunyi begini.wahai abang ensem yang budiman,saya nak sewakan rumah saya full furnished or not furnished?(saja tambah ayat echo untuk menyedapkan soalan).nak tengok masuk blog ni kat sini.Sekarang saya dah dapat jawapan yang paling bernas daripada sifu otai kita Abang Ensem kat sini.kalau yang baru nak belajar carilah Abang Ensem,pergilah kelas seminar yang beliau anjurkan.Insyaalllah kita akan menemui jalan yang sepatutnya.nak tau jawapannya boleh tengok gambar dibawah bersama wajah abang ensem yang tersandar tu...hehehe layan


wynn78 : Carilah guru untuk kita belajar supaya kita tidak sesat jalan.










Sunday, July 22, 2012

Rumah sewaku masuk mudah

Letih...itu yang mampu aku ungkapkan sejak hari sabtu malam.Kerana apa?kerana dia..hahaha(maaf saja buat lawak skit).Handphone aku berbunyi tak henti-henti kerana di kejutkan oleh bakal penyewa bertuah aku...hehehe.Bolehlah aku katakan macam goreng pisang panas nak melayan satu persatu orang yang call.Aku rasakan macam operatorlah pulak,malam tu aku pegi terawih,aku tinggalkan handphone aku.bila balik punyalah banyak misscallnya.Aku minta maaflah pada yang call aku tak dapat jawab.semalam hari ahad semua pakat nak tengok rumah,jenuh aku melayan,lastly aku suruh mak aku pulak layan pasal aku nak balik masuk keje kul 3 petang.Alhamdulillah.setakat ni 2 orang dah confirm dengan bayaran deposit yang lainnya nak tengok hari ni dan esok.Ada seorang pelanggan tu datang nakkan 3 buah sekali,orang singapore katanya.Ada yang nak bagi sewa setahun terus tapi tak nak full furnished.pada aku siapa dulu bagi deposit dia punya.Kalau janji air liur maaflah yek.pada yang nak tengok iklan rumah sewaku ni masuk sini


wynn78 : Korang jangan lupa kat aku ada reservekan sebuah rumah untuk dijadikan Homestay,nak sewa jangan malu jangan segan call je 019-4611110 win








Friday, July 20, 2012

Selamat Hari Lahir Ibuku

Selamat hari lahir mek ku pada 20/7/2012 yang ke 55.Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.Along amat menyayangi mek,semoga mek berbahagia selalu.Amin ya rabbal alamin..
.
wynn78 : Sayangilah mak dan ayah kita selagi mereka masih ada.Gembirakanlah mereka seperti mereka meengembirakan kita sewaktu kecil..

 



   

Thursday, July 19, 2012

Pelan rumah semi D #2

Ini adalah gambar pelan rumah semi D aku yang ke 5 & 6.Pelan ni saja aku create untuk memberi kelainan setiap rumah berkembar aku.Buat masa ni pelan rumah berkembar aku yang pertama lain pelannya,yang kedua lain pelannya dan yang ini mungkin untuk rumah berkembarku yang dalam contruction.Mengikut kontraktor yang dilantik pelan bahagian dalaman masih boleh ditukar kedudukannya.Aku memikirkan pelan yang terbaik untuk bakal penyewa-penyewa aku bertujuan untuk keselesaan yang optimum.(ceh wah). Sekiranya korang ada buah fikiran yang terbaik,jangan malu dan segan untuk mengutarakan kepada Tetuan wynn78 yek...


wynn78 : Beruntungnya penyewa-penyewa aku dapat tuan rumah macam aku yek,mementingkan keselesaan pengguna.Cuma tak Ensem jek..huu








Wednesday, July 18, 2012

Full furnished or not full??

Untuk pengetahuan semua,2 buah Rumah semi D aku akan siap sepenuhnya dalam pertengahan bulan puasa ni.Aku perlukan sedikit pendapat daripada korang plan yang aku nak aturkan.Pertama aku nak masukkan barang-barang rumah untuk dijadikan homestay bagi cuti hari raya puasa ni selama seminggu lepas tu baru aku buka pada penyewa.Kedua aku nak sewakan rumah semi D ni kosong sahaja dengan kadar rm450 sebulan.Ketiga aku nak sewakan rumah semi D ni dengan full furnished dengan harga lebih kurang rm800 ke rm1200.tentang harga sewa tu aku tak kisah sangat cuma aku perlukan pendapat yang mana satu plan yang terbaik.Sila tinggalkan komen di ruangan komen dibawah.


wynn78 : Buat masa sekarang ni dah 2,3 orang dah bertanyakan rumah tu untuk booking sewa.










Tuesday, July 17, 2012

mentor terbaik...

Warren Buffet adalah orang terkaya di muka bumi selepas Bill Gates. Walaupun dia orang bukan Islam tetapi kehidupannya boleh dikatakan sederhana. Pakai kereta yang harga tak sampai $20,000 yang dibeli di kedai lelong. handfon tak pakai dan rumahnya pun rumah jenis lama yang dibeli 40 tahun dahulu.
Apa yang menarik tentang Warren Buffet ialah sifatnya yang suka menderma. Dia pernah mengeluarkan USD$53 billion untuk didermakan kepada tabung kelaparan dunia yang mana kalau kita lihat sekarang, dunia masih lagi lapar tak cukup dengan sumbangan sebanyak itu.
Yang luar biasanya, apabila dia mendermakan USD$ 53 billion, dia bukan jadi muflis atau bankrapt malah menjadikan dirinya lebih kaya dari sebelum ini.




wynn78 : Korang fahamilah kata-kata hikmah yang diberikan,kalaulah aku dapat jumpa dia...emmm