Friday, August 16, 2019

HOMESTAY BUDGET D'QAISARA LUMUT PANGKOR




 



Subject: HOMESTAY BUDGET D'QAISARA LUMUT PANGKOR

Type: Guest House and Homestay 
Other Facilities: WIFI Unifi | Cooking Allowed | Peti Ais 
Price: 99 
Area: Lumut 

Description:
ALAMAT PREMIS :
No.46, Kampung Padang Tembak,
32200 Lumut, Perak.
(Laluan Utama ke Jeti Pangkor Marina Island)

KADAR SEWAAN : RM 99.00 semalam
Deposit: RM50.00 (tidak dikembalikan jika membatalkan tempahan selepas bayar
booking)
HUBUNGI : TELEFON / SMS / WHATSAPP - Win (0125143325)
KEMUDAHAN : 
Studio Unit - Air Cond + kipas + 1 Katil Queen + Bilik air dalam
bilik
Parking  Kereta yang luas.
Peti Ais
TV LCD 32” dengan Rangkaian Mytv.
Periuk Nasi Elektrik.
Cerek Elektrik.
Sterika dan Iron Board 
Dapur Elektrik memasak disediakan. 
Pinggan mangkuk, periuk, kuali dan alatan dapur/memasak ada disediakan.
SET BBQ
Suasana kampung yang sejuk mendamaikan berlatar belakang Bukit Ungku Busu.

HOMESTAY ini Terletak Berdekatan Dengan:AEON, Kedai RM2,Navy Base,Teluk Batik,Marina Island,Speed Mart99 ,Petronas, Seven Eleven,  Kedai-Kedai Runcit, Kedai Dobi,, Kedai Makan Mamak 24 Jam, dan Lain-Lain Lagi. 
Catatan:
Waktu Masuk : 02:00 Petang.
Waktu Keluar : 12:30 Tengahari 
Tuala mandi disediakan (Terhad 2 helai)
“SEWAAN UNTUK MUSLIM SAHAJA”



Call sekarang sebelum terlambat di talian 012-5143325 win

PEMBAYARAN

Cara Pembayaran hendaklah dibuat melalui deposit pembayaran sebanyak  RM 50 bagi semua homestay dan selebihnya dibayar apabila 'check in' pada tarikh yang diminta,sila call/whatsapp/sms jika sudah mendepositkan bayaran terima kasih


Maybank 108168279670 atas nama Irwin Bin Ismali





GUEST BOOKING :

OGOS
31/8/2019- CIK M -PAID
31/8/2019-CIKGU MAT-PAID

SEPT
1/9/2019- EN.KL-PAID
14/9/2019-NADIA-CONFIRM
28/9/2019-MR Y-PAID
30/9/2019-MISS N-PAID

OKT
1/10/2019-MISS N-PAID


CONFIRM = BAYARAN DEPOSIT ANDA SUDAH DITERIMA,TERIMA KASIH


PAID = TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA ,KEDATANGAN ANDA SEMULA KE SINI AMAT DIALU-ALUKAN

Ucapan Selamat Datang Ke Homestay kami serta ribuan Terima Kasih diatas kesudian Tuan-tuan dan Puan-puan yang menginap di HOMESTAY D'QAISARA  selamat bercuti...

Tuesday, November 4, 2014

Cili Hybrid 388

Lama betui tak update blog ni,Kali ni aku nak share pasal tanam cili bawah porch rumah.Ramai yang pelik blog aku ni tenang tanaman organik tapi banyak info pasal pelaburan plak...huu. Entahlah aku pun tak reti nak terangkan pasal bila aku berblog ni secara tak langsung aku jumpa semua benda ni.Projek aku kali ni untuk memulakan kembali menanam. Aku baru mencuba benih cili hybrid 388 ni untuk mengenal pasti perangainya dan akan diadaptasikan ke ladang tak lama lagi...insyaallah.korang layanlah gambar-gambar dari permulaan sampai keluar hasil nih...kay










wynn 78 : nampaknya tahun 2015 akan datang ni makin mencabar...fikir-fikirkanlah sama









Monday, August 25, 2014

Statement Bank BLR Naik

Huuuu...maaf ye encik tak terkecuali.Dengan rasa sedih dan berat hati aku menerima dengan redha,statement bank mengatakan bayaran instalment bulanan dinaikkan kerana BLR naik.Macamana nak cover balik yek?rasa-rasa nak naik sewa rumah ke?Korang wat camner yek?

Lagi satu aku nak share pelaburan aku yang lain,Baru-baru ni aku ada untung sikit saham x tau nak wat apa untung nih,tapi rezeki tak disangka-sangka datang,ada orang nak pakai duit nak juai 4 keping dinar public gold(memang aku main emas nih).Alhamdulilah..aku rembat teruslah,tambahan sekarang trend emas jatuh gila-gila.Emas public gold ni aku dah jenuh makan untung dah main yoyo..best..terbaik!! korang layanlah gambo kat bawah yek...

Surat cinta dari bank

1 dinar 916 bersamaan 4.25g



wynn78 : Best layan emas nih..pegang-pegang..belek-belek..memang memikat hati..






Monday, August 18, 2014

Untung Saham

Alhamdulilah syukur...pagi-pagi ni dua kaunter saham aku untung dah jual.Tak dapat digambarkan bila tengok order kita dah all match bila kita que untuk jual..boleh senyum sehari suntuk woo...Jadi aku nak share sikitlah pasal saham ni,kaunter cme ni aku untung dalam 28.5% manakala kaunter DBE aku untung 15.4%.

kalau diikutkan memang tinggi persentage dari ASB dan lain-lain...besar keuntungan..besar jugak risikonya...hehe.Tapi aku tak letak duit dalam satu pelaburan aje,kena bahagi-bahagikan taklah mengharapkan hanya satu pelaburan je.

Lagi satu aku main saham ni tak pakai remiser,sendiri beli sendiri jual sendiri buat andaian masa depan,untuk pengetahuan korang aku hanya dicaj brokerage hanya rm28 sahaja berbanding kalau guna remiser, cuma untungnya pakai remiser diaorang akan suggest mana-mana kaunter yang berpotensi naik.

Pengalaman aku main saham secara sendirian macam-macam perkara dah aku tempoh,kadang-kadang bila time kaunter saham naik laju,time tulah bank under maintanance..(diorang nak caj duit brookerage lebih bila juai call diorang)..huu dan berbagai taktik nak beli saham dan jual..intra day..kontra..dan lain-lain.

Ada sesetengah orang lama-lama ni main kaunter blue chip,contoh kalau kaunter tu tak naik diaorang hold saham tu,cukup tahun amik dividen,kalau naik diaorang  jual,ibarat serampang dua mata..Pada aku main saham ni bagus pasai kalau kita nak beli tanah atau rumah modal kena besar manakala saham ni boleh berapa modal kita yang ada,kalau beli sikit-sikit simpan sampai pencen esok baru juai,masa tu bila aku kaya..haha.Tapi apa-apa pun tepuk dada tanya selera...

kaunter favourites aku
saham cme
graf kaunter cme
saham dbe jual
graf kaunter dbe

wynn78 : Jika ada kawan-kawan nak share kaunter yang best-best bolehlah..tak rugi pun semua ni ilmu Allah S.W.T





Sunday, August 10, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Di kesempatan ini aku memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diriku ini...kosong-kosong yek.Kali ni cuma nak share pasal hari raya yang amat bermakna pada diriku dan keluargaku,terasa seronok lihat anak-anak gembira serta berkumpul adik beradik dan sanak saudara jauh dekat.

Pada raya tahun ni kami beraya dengan kereta raya,paling best tengok anak-anak seronok naik kete raya..yang tak berapa best aku punya saving susut...huu yang bestnya takde bulan-bulan instalment..hehe... Tapi apa-apa pun aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan allah S.W.T. alhamdulilah.

Aku beli kete ni pun pasal insyaallah tak lama lagi kami akan bertambah lagi ahli keluarga.Sebelum korang layan gambo kat bawah ku susun sepuluh jari sekiranya ada terkasar bahasa,terasa hati selama aku berblog nih..harap dimaafkan..kami sekeluarga mengucapkan maaf zahir dan batin.





wynn78 : masih terasa lemang dengan rendang..sedap bangat





Tuesday, July 15, 2014

Program Kachor Bubur Lambuk

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa...Sempena Nuzul Al-Quran kami persatuan belia Kampung Padang Tembak & Teluk Muruh menganjurkan Program kacor bubur lambuk bagi mengeratkan talian persaudaraan & Ukhwah yang terjalin.Aku perhatikan memang bagus program sebegini kerana yang tua dan muda bergabung tenaga untuk menyiapkan bubur lambuk ibarat pepatah "Yang tua di hormati..yang muda di sayangi".Kami bermula jam 10pagi dan berakhir lebih kurang 3ptg setelah selesai mengedarkan ke rumah-rumah penduduk kampung.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..kepada korang nak rasa bubur lambuk Kampung Padang Tembak datanglah surau,setiap petang ada pakcik Salim memasaknya.Kalau nak rasa yang aku masak tahun depan yek..Layan gambar kat bawah..

ada gaya chef tak??
MB Perak & Datin sedang mengachor bubur



Gimik penyerahan bubur
bertungkus lumus..terbaikk!!!

wynn78 : Secara jujurnya dari hatiku...memang seronok membuat kerja kemasyarakatan sebegini, korang cubalah, Insyallah terasa nikmatnya.









Tuesday, July 1, 2014

KARNIVAL UDARA RC AEROMODELLING PERAK 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Entri kali mengenai fun fly di Batu Gajah perak yang diadakan pada 21-22 jun 2014 baru-baru ni.Untuk pengetahuan korang Penaung bagi permainan RC di seluruh malaysia ialah Raja Muda Perak Tuanku Jaafar.Aku takde nak cerita panjang,korang layanlah gambar yang aku kongsikan di bawah ni yek..

wynn78 : ku susun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap...semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...selamat berbuka puasa