Saturday, December 22, 2012

Dividen ASB dah keluar 8.9% naik 1%


KUALA LUMPUR — Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.


Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.


Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.


"Malah ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.


Sehingga Rabu lepas, beliau berkata, skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.— BERNAMA

wynn78 : Aku tengok dalam tv biz bisnes pegerusi PNB cakap boleh bagi 10.5%.Kenapalah PNB tak bagi seperti apa yg diberitahu atau saja nak saiko fikiran pelabur?fikir2 kanlah yek..












No comments:

Post a Comment