Thursday, April 18, 2013

Saat yang ku idamkan!! emas turun harga!!!


Sibuk...busy...tak cukup masa...kejar masa..itulah yang terjadi pada aku semenjak dua menjak ni.Sekarang ni aku sibuk dengan Homestay aku yang baru dilancarkan bulan 3 aritu.

Lepas tu sibuk dengan kelas malam lagi,pastu sibuk pergi bercuti lagi he..he..he..(pakai duit free).Pasal emas nih aku memang dah lama tunggu saat-saat begini sebab keuntungan dan modal mula-mula aku main dah lama terperam beranak pinak kat tempat lain.

Sekarang ni lah hari pembalasan si pitung pada firasat aku adalah masa yang sesuai aku nak labur balik kat emas nih.Pada kengkawan yang nak main emas ni cari ilmu dulu baru main.Lagi satu pelaburan yang boleh nak melabur sekarang ialah dalam saham bskl kerana harga saham tengah merudum (mungkin lepas pilihan raya naik).

Itu jelah yang dapat aku coretkan sikit buat pembaca blog aku ni mengubat kerinduan hehehe..serta tak lupa pada yang nak bercuti ke Pulau Pangkor bandar pelancongan & Maritim cepat-cepatlah booking Homestay kat aku pasal semalam ada seorang customer aku dari Puncak Alam booking untuk 25/5/13 pasal chalet-chalet dah penuh.

kalau nak booking masuk sini atau klik je iklan homestay Luqnice kat sebelah kanan dalam blog ni.Apa-apa pun semoga semuanya sukses!!!

wynn78 : Rasa-rasanya nak pergi manalah pulak cuti sekolah bulan 5 ni ye?









Thursday, February 28, 2013

Luqnice Homestay Lumut Teluk Batik Pangkor

Promosi!Promosi!Promosi khas untuk pembaca blog ni kerana baru beroperasi mengapa bayar lebih??
-Percuma!!! blanket(toto) tanpa sebarang caj tambahan
-Sempena cuti-cuti malaysia,kenduri kahwin,kursus dll
-Kawasan kampung yg mendamaikan berlatar belakang Bukit Ungku Busu (waktu malam sejuk)
-5 minit ke Bandar Lumut
-5 minit ke Pengkalan TLDM
-5 minit ke Teluk Batik & boleh ke Pulau Pangkor menaiki Feri di jeti Marina Island (dekat sahaja)
-5 minit ke Aeon,Tesco,Giant,Billion,Mc donalds,Kfc
-15 minit ke Pizza Hut,Domino Pizza Sitiawan

lokasi strategik triangle persimpangan trafik light siput besar teluk batik & terdapat pelbagai kemudahan seperti 7 Eleven,Farmasi,Restoran Seafood,kedai mamak 24 jam

kemudahan homestay seperti berikut:
-Semi D house
-kawasan parking yg luas
-ruang istirehat(set ruang tamu dgn Tv Astro)
-2 bilik tidur(bilik utama katil Queen size,2 katil single size)
-1 bilik air
-peralatan pinggan mangkuk dan gelas
-peti ais
-cerek elektrik
-mesin basuh
-Dapur gas
-Ruang makan(set meja makan)
-maaf sms tidak dilayan..
siapa cepat dia dapat... 
Call sekarang sebelum terlambat di talian 019-4611110 win

GUEST BOOKING:
MAC
2/3/2013 - EN ISMAIL                            - PAID
9/3/2013 - CIK SURAYA                        - PAID
22/3/2013- CIK ZANA DARI MELAKA - PAID
23/3/2013- EN.RIDZUAN DARI JITRA-PAID
24/3/2013-EN.RUSTAM DARI NILAI   -PAID 
25/3/2013 - PN AZLINA DARI JOHOR -PAID

29/3/2013 - EN ARIF DARI UITM       - CONFIRM


CONFIRM = BAYARAN DEPOSIT ANDA SUDAH DITERIMA,TERIMA KASIH

PAID = TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA ,KEDATANGAN ANDA SEMULA KE SINI AMAT DIALU-ALUKAN

Peta Homestay

 
 firstly cari sign board restoran nasa 2
second akan jumpa smjk dindings
 third jalan masuk tepi paip besar
  cari banner jual laksa ni
 kedai ni tepi jalan sebelah kanan

masuk ikut kancil merah di belakang tu homestay
Luqnice Homestay rumah warna purple





wynn78 : Ucapan Selamat Datang Ke Homestay kami serta ribuan Terima Kasih diatas kesudian Tuan-tuan dan Puan-puan yang menginap di Luqnice Homestay



















Wednesday, February 13, 2013

Dividen Tabung haji kalahkan dividen ASB ???

Wow!!Wah!! Terbaikkk dari ladang untuk tahun 2012 ni Lembaga Tabung Haji menggumumkan dividen campur bonus 8% siap dah keluarkan zakat bersih tuh... ASB plak 8.8% belum tolak zakat lagi huuu...
semalam baru boleh update buku,Aku tengok ramainya orang menyerbu Tabung haji..memang terbaik untuk tahun ni.Apa-apa pun bagi aku kedua-dua jenis simpanan pelaburan ni mempunyai kelebihan masing-masing.Mungkin lepas ni ramai plak yang masuk Tabung Haji kot...hehehe.

Buat masa sekarang ni aku sibuk dengan new projek dengan hobi baru aku,korang nak tau kan??Aku akan kongsikan dengan korang di entri akan datang kay..Tunggu

wynn78 : Bilalah Bank rakyat nak umumkan Dividen pulak???









Saturday, December 22, 2012

Dividen ASB dah keluar 8.9% naik 1%


KUALA LUMPUR — Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.


Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.


Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.


"Malah ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.


Sehingga Rabu lepas, beliau berkata, skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.— BERNAMA

wynn78 : Aku tengok dalam tv biz bisnes pegerusi PNB cakap boleh bagi 10.5%.Kenapalah PNB tak bagi seperti apa yg diberitahu atau saja nak saiko fikiran pelabur?fikir2 kanlah yek..












Tuesday, December 18, 2012

Wang Emas nilai sebenar

Kali ni aku nak citer pasal aku terjumpa wang emas ni di salah 1 kiosk semasa aku jalan-jalan di AEON ke-2 terbesar di perak tempohari.Aku memang teruja dengan kekreatifan mereka membuat wang dolar amerika dengan kepingan emas tulin 999.9 sebagai cenderahati.Harganya tidaklah begitu mahal lebih kurang 1k keatas siap frame.Bilalah malaysia nak laksanakan dinar sebagai wang malaysia? Apa-apa pun korang layan gambo kay..

wynn78 : mungkin duit dividen bank rakyat aku sambar 1 set gantung buat perhiasan.Gambar akhir billionaire mungkin x kot millionaire insyallah sikit lagi dalam genggaman..amin



Thursday, December 13, 2012

Dividen ASB 2012 8.2% ????

Betul ke?Bior betik?Al kisahnya begini malan tadi dirumah bondaku mengadakan kenduri tahlil untuk arwah yang telah pergi meninggal kita.Jadi ramailah sanak-saudara berkumpul berborak-borak.Dijadikan cerita aku bertanyakan anak saudaraku sekarang bekerja dimana?Dia mengatakan bekerja di sebuah bank*tut*  bersama kawannya yang hadir bersama bekerja di sebuah bank yang lain.Aku pun bertanyakan pasal pelaburan ASB dan korek-korek rahsia apa yang ada hehehe...

Dalam dok sembang-sembang kawannya seorang Officer bahagian Loan ASB mengatakan Ura-ura  atau pangilan manja kabar-kabar angin bahawa dividen ASB tahun ni tinggi iaitu 8.2% belum termasuk bonus lebih tinggi daripada tahun lepas.Wow!! apa lagi aku dan wife mulalah berangan-angan mat jenin apa yang nak dijolikan dengan duit free tuh.

Pada pengalaman aku sendiri daripada pelaburan yang lain aku buat ASB adalah pelaburan yang terbaik untuk kaum bumiputera kerana dengan berapa yang kita ada kita boleh melabur malahan para pelabur hartanah pun jadikan ASB sebagai tanda aras pengukuran pelaburan sesebuah hartanah tersebut.Apa lagi tepuk dada tanya selera kan??Aku kongsikan ilmu yang ada adalah untuk orang melayu kita terus maju dan harapan aku agar tuhan dapat menambahkan ilmu aku untuk di kongsikan bersama..wallahhualam


wynn78 : tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman dividen tu..harap-harap benarlah apa yang di khabarkan..kita nantikan bersama dgn penuh debaran syukur alhamdulilah..










Thursday, December 6, 2012

Makan Lipan??ada bran??

Amacam ramai yang berani ke nak makan makanan eksotik nih?Acah je...hehe.Aku nak citer 1 restoran ni menjual menu menarik iaitu nasi goreng udang lipan.Korang kenal ke udang lipan ni macamana?Udang lipan ni berkulit keras dan besar daripada udang biasa,aku takde gambar sebelum masak pasai diaorang masak isi je takde kulit,Apa-apa pun korang layan...


wynn78 : Restoran 3 rasa ni terletak di Pantai Remis Perak...rasa memang marvelous