Thursday, December 13, 2012

Dividen ASB 2012 8.2% ????

Betul ke?Bior betik?Al kisahnya begini malan tadi dirumah bondaku mengadakan kenduri tahlil untuk arwah yang telah pergi meninggal kita.Jadi ramailah sanak-saudara berkumpul berborak-borak.Dijadikan cerita aku bertanyakan anak saudaraku sekarang bekerja dimana?Dia mengatakan bekerja di sebuah bank*tut*  bersama kawannya yang hadir bersama bekerja di sebuah bank yang lain.Aku pun bertanyakan pasal pelaburan ASB dan korek-korek rahsia apa yang ada hehehe...

Dalam dok sembang-sembang kawannya seorang Officer bahagian Loan ASB mengatakan Ura-ura  atau pangilan manja kabar-kabar angin bahawa dividen ASB tahun ni tinggi iaitu 8.2% belum termasuk bonus lebih tinggi daripada tahun lepas.Wow!! apa lagi aku dan wife mulalah berangan-angan mat jenin apa yang nak dijolikan dengan duit free tuh.

Pada pengalaman aku sendiri daripada pelaburan yang lain aku buat ASB adalah pelaburan yang terbaik untuk kaum bumiputera kerana dengan berapa yang kita ada kita boleh melabur malahan para pelabur hartanah pun jadikan ASB sebagai tanda aras pengukuran pelaburan sesebuah hartanah tersebut.Apa lagi tepuk dada tanya selera kan??Aku kongsikan ilmu yang ada adalah untuk orang melayu kita terus maju dan harapan aku agar tuhan dapat menambahkan ilmu aku untuk di kongsikan bersama..wallahhualam


wynn78 : tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman dividen tu..harap-harap benarlah apa yang di khabarkan..kita nantikan bersama dgn penuh debaran syukur alhamdulilah..










2 comments: