Thursday, November 29, 2012

Bonus! Bonus! Bonus!!! yahooo....

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi....majikan aku dah masukkan bonus 1 bulan gaji sekaligus tak payah bayar 2 kali macam orang lain...hehehe.Apa korang nak buat yek? Cadangan aku sat gi lepas sembahyang jumaat aku nak pi bank in dalam ASB,park duit dalam 2 bulan nih pastu baru keluarkan sekali dengan dividen 2013 dapat gak untuk 2 bulan punya dividen.Berapalah agaknya dividen tahun 2012 ni yek?

Untuk pengetahuan korang dividen ASB dikira mengikut tarikh akhir bekerja bulan tersebut balance yang ada.Aku tengok ramai yang  counter attack kat blog aku nih pasal pelaburan ASB.Nantikan lah jawapan aku pasal masalah loan ASB 100k aku tu yek di entri akan datang kay. Tunggu.....


wynn78 : Bagi aku yakin dengan pelaburan ASB nih,dalam islam kita jangan was-was.Kan para mufti dan ulama berpendapat mengatakan harus pasal ASB ni?kenapa nak peningkan kepala?kita insan biasa jer..









Wednesday, November 28, 2012

Gian main???18xxx



Jangan terkejut dengan tajuk post tu yek..hehehe saja kasi gempak skit.Aku sekarang ni baru di perkenalkan software terbaru Android ni "Zello walkie Talkie".Untuk pengetahuan korang memang layan main benda ni hanya mengunakan talian internet je dengan handphone.Mana korang nak dapatkan software ni?just install dalam play store android free jek.Kalau korang dah install bolehlah korang cari channel yg aku selalu lepak "Rakan Radio Amatur ppt" dengan nick name "wwynn78" atau dalam bahasa consains "wiski wiski yankie november november 78".Bila dah masuk channel tu korang dengarlah dulu macamana nak berkomunikasi ye.Jangan terpijak ekor sudahlah.Pada aku benda ni bagus kerana kita boleh berkenalan dgn ramai kenalan dari seluruh pelusok dunia.Aku rasa kalau otai hartanah kita buka 1 channel pasal hartanah lagi bagus,boleh sembang-sembang mendengar suara merdu korang hahaha.Apa-apa pun korang try layan kay...

wynn78 : malam tadi layan berpantunlah pulak..hahaha









Tuesday, November 27, 2012

Berkongsi ilmu..?!@#$%

Salam pada semua..Entri kali aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat daripada perhimpunan bulanan pagi ini bersama Dato' Z.... Aku tertarik dengan beberapa amanat yang beliau berikan terutama salah satu tips yang di kongsikan ialah tentang 'berkongsi ilmu'. Amanat beliau kita hendaklah berkongsi ilmu kita kepada orang lain sekiranya kita tidak mahu ilmu kita hilang sedikit demi sedikit daripada otak kita.

Janganlah amalkan kedekut ilmu,biarlah ilmu kita boleh memanfaaatkan kepada orang lain yang mahu belajar dan bertanya serta tak langsung kita mendapat pahala yang diredhai Allah s.w.t. Akan tetapi pada zaman sekarang mana ada lagi ilmu yang percuma?semuanya berbayar bukan??? malah ada sesetengah pihak minta dikongsikan ilmu yang dia ada langsung tidak menjawab @ membalas email kita.

Maaflah pada yang terasa bukan kita mencari lawan,kita mencari kawan.Sekiranyanya hendak kenakankan caj bagitahu sajalah.Malahan ada yang kita menghantar email sampai kapan sekarang tiada jawapan. Janganlah memilih bulu dalam berkawan,aku ingin nasihatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan seperjuangan janganlah bersifat angkuh begitu,jangan ingat kita dah kaya berjaya,

Padahal orang lain lebih lagi daripada kita kerana orang tidak menceritakan kekayaan yang mereka ada.Bersyukurlah kalau ada orang yang follow blog kita,sekurang-kurangnya ada orang yang nak membaca tulisan kita.Kepada yang ingin bertanya @berkongsi ilmu aku tadahkan sepuluh jari mengalu-alukan, Insyaallah akan aku kongsikan apa yang aku tahu ilmu yang diberikan allah ini.

Janganlah kita bongkak dan angkuh jika kita sudah berada diatas mungkin suatu hari nanti kita akan jatuh ke bawah dengan kehendaknya.Patut kita tolong-menolong antara sesama Islam.Melalui pengalaman aku bekerja bangsa lain lebih baik terhadap kaum mereka. Cukup-cukup sudah setakat ini aku berceloteh panjang..kita sambung di entri yang lain.Wasallam...

wynn78 : hatiku terguris pada sesetengah pihak....bagaimanakah nasib orang lain yang betul-betul memerlukannya..fikir-fikirkanlah









Tuesday, November 20, 2012

Masalah loan ASB 100k?

Entri kali ini saya mohon pendapat tuan-tuan dan puan-puan yang bijak pandai memberikan 1 keputusan yang bijaksana untuk menyelesaikan masalah loan ASB saya kerana sekarang dalam keadaan dilema apa yang harus dilakukan?


Kes: saya ada memohon loan ASB sebanyak rm100k untuk tempoh 5 tahun dengan bayaran bulanan       rm 1895.00.

Masalah: Loan saya telah lulus rm100k tetapi tempoh selama 25 tahun dengan bayaran bulanan rm 605.00 tanpa meminta persetujuan daripada saya.

Penyelesaian 1: saya teruskan pinjaman saya selama 25 tahun dan baki daripada target potongan bulanan saya masukkan kedalam buku ASB .

Penyelesaian 2: saya teruskan pinjaman bayaran seperti target potongan bulanan rm 1895.00 dengan memasukkan balance target ke dalam akaun pinjaman loan asb.

*target potongan bulanan rm 1895.00

*tolong bagitahu kelebihan/kekurangan diantara kedua-dua penyelesian tersebut dan berikan pandangan yang lebih baik daripada saya jika ada.

*saya tidak berapa arif tentang interest yang di kenakan

*mohon pada yang pandai tentang kira-kira selesaikan masalah ini

*untuk pengetahuan loan ASB saya ni adalah islamik.

wynn78: mohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan,terima kasih










Thursday, November 1, 2012

Korang layan lawak giler!!



wynn78 : aku rasa nak gelak guling-guling layan malam-malam nih...hahaha




   

Tuesday, October 30, 2012

lagi-lagi pasal emas%#$^^?

BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyegerakan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi mempercepatkan penyelesaian segera kes itu.


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.
“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.

Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Sementara itu, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold Marketing) memaklumkan bahawa BNM mengambil keputusan menggugurkan nama syarikat itu daripada Senarai Peringatan Pengguna pada 29 Oktober.

Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.

Harian metro 31/10/2012

wynn78 : Dah terang lagi bersuluh tentang syarikat Public Gold yang aku beli..Fuhh lega rasanya hati ini..lalala










Monday, October 29, 2012

Bank rakyat nak bagi dividen berapa tahun ni?

Bank Rakyat catat untung RM1.62 bilion
BANK Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi sembilan bulan pertama 2012 sebanyak RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus, kira-kira RM121.8 juta berbanding RM1.50 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.


Dalam satu kenyataannya semalam, Bank Rakyat berkata, prestasi baik ini secara keseluruhannya disokong peningkatan pendapatan aktiviti pembiayaan dan pelaburan dan selari dengan pertumbuhan pembiayaan dan deposit.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2012, bank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 10.5 peratus atau RM126.0 juta,” katanya.


“Pendapatan kasar meningkat 15.2 peratus atau RM616.4 juta kepada RM4.68 bilion berbanding RM4.06 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. Pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit meningkat sebanyak 8.5 peratus atau RM227.9 juta kepada RM2.92 bilion berbanding RM2.69 bilion pada tempoh yang sama 2011,” katanya. Selain itu, jumlah aset meningkat sebanyak 10.8 peratus atau RM7.74 bilion kepada RM79.50 bilion berbanding RM71.75 bilion.


“Bagi sembilan bulan pertama 2012, bank merekodkan peningkatan baki kasar pembiayaan sebanyak 12 peratus atau RM5.99 bilion kepada RM55.71 bilion berbanding RM49.72 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Bank masih mengekalkan pembiayaan konsumer sebagai fokus utama perniagaan yang menyumbang sebanyak 89.2 peratus daripada keseluruhan pembiayaan Bank Rakyat pada sembilan bulan pertama 2012,” katanya.

Harian Metro 30/10/2012

wynn78 : Harap-harap dapatlah 20% keatas dividen tahun ni lebih daripada tahun lepas,boleh buat enjoy makan angin...hehehe duit free tuuu