Salam pada semua..Entri kali aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat daripada perhimpunan bulanan pagi ini bersama Dato' Z.... Aku tertarik dengan beberapa amanat yang beliau berikan terutama salah satu tips yang di kongsikan ialah tentang 'berkongsi ilmu'. Amanat beliau kita hendaklah berkongsi ilmu kita kepada orang lain sekiranya kita tidak mahu ilmu kita hilang sedikit demi sedikit daripada otak kita.
Janganlah amalkan kedekut ilmu,biarlah ilmu kita boleh memanfaaatkan kepada orang lain yang mahu belajar dan bertanya serta tak langsung kita mendapat pahala yang diredhai Allah s.w.t. Akan tetapi pada zaman sekarang mana ada lagi ilmu yang percuma?semuanya berbayar bukan??? malah ada sesetengah pihak minta dikongsikan ilmu yang dia ada langsung tidak menjawab @ membalas email kita.
Maaflah pada yang terasa bukan kita mencari lawan,kita mencari kawan.Sekiranyanya hendak kenakankan caj bagitahu sajalah.Malahan ada yang kita menghantar email sampai kapan sekarang tiada jawapan. Janganlah memilih bulu dalam berkawan,aku ingin nasihatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan seperjuangan janganlah bersifat angkuh begitu,jangan ingat kita dah kaya berjaya,
Padahal orang lain lebih lagi daripada kita kerana orang tidak menceritakan kekayaan yang mereka ada.Bersyukurlah kalau ada orang yang follow blog kita,sekurang-kurangnya ada orang yang nak membaca tulisan kita.Kepada yang ingin bertanya @berkongsi ilmu aku tadahkan sepuluh jari mengalu-alukan, Insyaallah akan aku kongsikan apa yang aku tahu ilmu yang diberikan allah ini.
Janganlah kita bongkak dan angkuh jika kita sudah berada diatas mungkin suatu hari nanti kita akan jatuh ke bawah dengan kehendaknya.Patut kita tolong-menolong antara sesama Islam.Melalui pengalaman aku bekerja bangsa lain lebih baik terhadap kaum mereka. Cukup-cukup sudah setakat ini aku berceloteh panjang..kita sambung di entri yang lain.Wasallam...
wynn78 : hatiku terguris pada sesetengah pihak....bagaimanakah nasib orang lain yang betul-betul memerlukannya..fikir-fikirkanlah
Tuesday, November 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment