Tuesday, January 21, 2014

Kejujuran dalam persahabatan,perniagaan dll

Kali ni aku nak cerita pasal kejujuran hati seseorang kerana baru2 ni aku telah dikencing oleh seseorang pada pandangan aku tidak sepatutnya beliau buat begitu dengan perwatakan serta gelaran yang beliau ada.Apakah faktor seseorang itu tidak jujur dalam sesuatu perkara???

Pada aku memang susah sekarang ni mencari seseorang kawan yang jujur,hanya memilih bulu dalam berkawan,jika anda banyak wang ramai yang nak berkawan @ mengambil kesempatan terhadap kita,tidak kira usia walaupun seseorang itu tua@muda,sama aje.Memang aku amat terkilan sangat dengan ada seseorang ni,hati ni telah berkata2 dari awal berkenalan,tetapi aku pujuk hati mungkin tidak.

Beria2 kononya nak tolong aku tetapi akhirnya aku ditipu,Tipah tertipu bang......dan jalan penyelesaian aku tidak akan bersemuka denganya lagi dan terus quit daripada komuniti kumpulan terbabit walaupun ahli lain memujuk aku untuk kembali namun hati aku telah kecewa,mungkin ada hikmah disebaliknya.

Pada aku kerna aku telah lalai selama beberapa bulan ni,semua kerja aku selama ni,aku upah orang,sibuk nak pergi main.Sekarang ni aku ada balik masa untuk melihat kerja yang berfaedah tambahkan income balik.Itulah hikmahnya kerana sebelum ini aku telah habiskan banyak duit ke arah komuniti tersebut langsung tiada faedah ke atas aku.

Nasihat aku pada korang jujurlah dalam persahabatan,perniagaan kerana impaknya amat besar sekiranya seseorang itu bila di tipu menyebabkan yang rugi sesangat tiada kawan dll.Next post aku akan ceritakan pasal investment yang telah dituai hasilnya...tunggu....yek uols


 wynn78 : Jujurlah sayang...aku tak mengapa,jika nanti aku akan pergi...ku terima walau sakit hati.....






Thursday, November 21, 2013

Rahsia memberi sedekah

Assalamualaikum....Sempena penghulu segala hari ni,hari jumaat semoga semua dilimpahi rahmat dari yang Maha Esa.Kali ni aku nak share sikit apa yang aku lihat dengan mata kepala aku malam tadi.semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat semua.

Semalam selepas solat maghrib setelah selesai membaca yassin,rutin harian aku pergi membeli makanan untuk dinner.Aku teringat sebuah kedai di medan selera sitiawan nasi goreng ayam akak kelate yang sedaap tu,aku pun pergilah membonceng motosikal aku bersama anak yang kecil si meor luqmanulhakim.

Sampainya di situ hanya kedai akak tu je yang buka jadi orderlah nasi goreng ayam yang sedap tu.Sementara menunggu aku layanlah tv kat kedai tu...Tiba-tiba aku lihat seorang perempuan cina datang menaiki kereta menuju ketempat gelap sebelah kedai akak ni,aku pelik apa dibuatnya didalam gelap tu,aku perhatikan dia menyapu2 diatas lantai.pelik sungguh gelagat dia..mungkinkah dia nak baring kat situ....takkan kot gila bisik hati kecil.

Aku perhatikan lagi, dia mengeluarkan satu balang sambil mengoncang2kannya,tidak semena2 begitu banyak kucing liar datang kepadanya.....rupa2nya dia bagi kucing makan.Terlintas didalam hatiku kucing liar dibelakang rumahku selalu mengiau2 minta makan,selalunya aku bagi lebihan makanan aje itu pun kalau ada.Betapa mulianya insan ini memberi makanan kat kucing ni dengan friskies.

Termenung,terkilan,terkesima aku melihat bangsa lain ini sanggup memberi makan kepada binatang kesayangan rasulullah ini ya Allah.Aku tak puas hati lagi,aku nak tahu apa kerjanya.Kebetulan  makanan aku pun dah siap aku perhatikan kereta dia berlalu pergi lalu berhenti di hadapan sedikit dari kedai akak ni.

Rupa2nya dia adalah tokey kedai pasar mini,memang aku pernah beli kat kedai ni,memang ramai orang pun.Lihatlah bangsa lain pun percaya sedekah itu membawa barakah,binatang pun boleh mendoakan kita...masya allah.Korang renung2kanlah sedalam2nya apa yang cuba aku sampaikan ni yek.Jom solat Jumaat...

wynn78 : tersedar aku dari lamunan bahawa binatang pun boleh kita sedekah





Tuesday, November 12, 2013

Berhati-hatilah wahai kawan-kawan...

Setempat

Merana nak untung cepat

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Nur Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Seramai 17 lelaki kemungkinan diisytihar muflis kerana masing-masing menanggung ansuran bulanan beberapa kenderaan yang dibeli untuk disewakan kepada sebuah syarikat sewa kenderaan.
Sehingga kini mereka tidak mengetahui di mana semua kenderaan itu yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM4 juta berada serta digunakan oleh siapa.
Menerusi laman sosial Facebook, mereka mula menyedari ditipu pemilik syarikat itu yang menukar syarat dan terma perjanjian yang berat sebelah serta mengundang risiko bankrap kepada kumpulan pemuda berkenaan yang rata-rata berusia bawah 30 tahun.

Menurut jurucakap kumpulan terbabit, Firdaus Ayob, mereka diperkenalkan dengan perniagaan ‘untung cepat’ itu menerusi seorang kenalan yang mendakwa mampu menjana pulangan lumayan dan hanya perlu menyewakan kereta kepada orang ramai terutama pelajar universiti.
Foto NADZIM (dua dari kiri) mendengar keluhan mangsa penipuan syarikat sewa kenderaan, semalam.

Mempunyai cawangan di 16 tempat berbeza termasuk Shah Alam, Puncak Alam, Serdang dan Tanjung Malim, Firdaus berkata, pada mulanya dia dijanjikan bayaran RM4,000 sebulan untuk empat kereta dibeli serentak menerusi rangkaian syarikat terbabit berharga antara RM49,000 hingga RM75,000 seunit, awal tahun ini.

“Selama empat bulan saya mendapat bayaran penuh, namun ia berubah sebaliknya apabila kami semua mendapat surat perjanjian perubahan terma menyebabkan saya terkejut kerana perlu membiayai ansuran walaupun kereta digunakan pihak lain,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di sini, semalam.

Hadir sama 16 lagi mangsa penipuan syarikat itu yang membabitkan pembelian 53 unit kenderaan pelbagai jenis bagi tujuan usaha sama perniagaan berkenaan.

Firdaus berkata, dia dan rakan lain kini bingung memikirkan nasib mereka kerana perlu menjelaskan hutang selain saman yang diterima atas kesalahan penyewa dan pelbagai risiko lain termasuk kemalangan.

“Ada di antara mereka menerima lebih 10 saman yang dilakukan orang lain. Manakala tiga kereta milik mereka dikatakan hilang, dicuri dan sebagainya. Kami sudah beberapa kali adukan kepada pengurusan tapi mereka tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya minta kami patuh kepada perjanjian,” katanya yang membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Sungai Besi, minggu lalu.

Menurutnya, mereka kini buntu memikirkan nasib apatah lagi tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman dengan institusi kewangan kerana nama sudah digunakan untuk memiliki beberapa kenderaan lain.

Nasib sama dikongsi seorang lagi rakannya, Azril, 30, yang kerugian RM5,000 setiap bulan selepas terpedaya dengan pendapatan lumayan yang dijanjikan selain menanggung 11 saman daripada tujuh unit kereta yang dibeli daripada syarikat berkenaan.

Azril berkata, disebabkan ingin mencari wang tambahan, dia bersetuju menceburi perniagaan itu tanpa menyelidik dahulu latar belakang syarikat selepas diperkenalkan seorang rakan.

“Mula-mula saya beli sebuah kereta dulu dan selepas mendapat keuntungan selain melihat kejayaan syarikat yang sudah beroperasi sejak tujuh tahun, saya menambah lagi pembelian kereta sehingga menjadi tujuh unit.

“Saya mula sedar ditipu apabila beberapa bulan selepas itu hanya memperoleh keuntungan RM50 untuk setiap kenderaan selain dipaksa membayar kos baik pulih salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan berjumlah RM2,000,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, siasatan pihaknya mendapati wujud unsur penipuan di dalam kes itu kerana tiada peraturan yang membenarkan kenderaan persendirian disewakan kepada orang lain.

Katanya, masalahnya ketika ini ialah kemungkinan kereta itu disalah guna pihak tertentu untuk melakukan jenayah serta kesalahan lain yang akhirnya mendatangkan mudarat kepada pemilik kenderaan.

“Satu lagi kita tidak menolak kemungkinan individu ini bersubahat dengan rangkaian gelap kerana dengan begitu mudah boleh meluluskan pinjaman beberapa kenderaan serentak walaupun ada pengadu kita mempunyai pendapatan kurang RM1,200 sebulan.

“PPIM akan membawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa. Satu pengajaran kepada kita ialah, jangan terlalu inginkan kemewahan sehingga menggadai masa depan sendiri,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/13

kredit to Harian Metro

wynn78 : Cerita diatas kertas memang terbaikkk...Tetapi realiti tidak seindah yang dikata

Monday, October 21, 2013

Wajib!!! pengguna hand phone samsung muslim baca post ini



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini yang budiman lagi bijaksana.Kali ni akau terpanggil untuk berkongsikan suatu rahsia yang sememangnya wajib aku sharekan kepada korang yang beragama islam khususnya.Pada korang yang memiliki handphone yang canggih manggih pada abad ini jenama samsung silalah baca post ni sampai habis.

Semalam ada seorang rakanku menghantar sms melalui whatssup pada aku untuk mengikuti arahan yang diberikan,pada mulanya aku ingatkan hanyalah gurauan semata-mata.aku pun terus lakukan apa yang disuruh pada handphone aku jenama samsung galaxy note....apalagi mengucap panjang aku dengan apa yang aku lihat tertera di screen handphone aku.

Jadi korang lihatlah sendiri dekat handphone korang sendiri aku tak nak ceritakan apa yang aku lihat takut kalau-kalau terjadi kat handphone aku jek,mana nak tau gambar lain keluar kat handphone korang.selepas tu aku mintak ler sesangat korang sharelah kat ruangan komen gambar apa yang korang lihat,aku nak tau jugak..hehe.

Cara-caranya:

1.Taip *#0*#
2.pilih "sensor"
3.pilih "image test"

wynn78 : Nampak tak permainan halus mereka??






Tuesday, October 1, 2013

Hobi Baru

Take off
riadah hari minggu
panaskan engin
tengah control
gah terbang diawan
Manjung Aeromodeling Club 
(MAC)

Entri kali pasal hobi baru sesangat aku berkecimpung beb...memang layan main kapal terbang nitro ni tapi awas!!!This is not a toy.Bagi aku mainan ni hanyalah untuk berkenalan dgn rakan2 yg pelbagai peringkat umur,kalau korang nak tahu permainan ni world tau x,satu dunia main sampaikan umur 50an keatas pun main dasyat woo...lagi satu aku main ni untuk realease tension dan reward untuk aku pasal penat bekerja...hehehe
untuk pengetahuan korang mungkin event Jambore untuk Heli KDS dan plane akan diadakan di Sitiawan awal bulan 12,dijemput korang datanglah melancong sambil berhibur pastu bolehlah jumpa aku sign autograf..kah..kah..sekiranya jadi aku akan updatekan.

wynn78 : Sesiapa yang ada berminat nak main permainan ni calling2lah yek...best woo





















Wednesday, September 18, 2013

Refinance 10 tahun?? Loan asb 10 tahun???

                                                                
Aduhh...letih rasanya apabila mendengar berita baru ni.Semalam my wife sign aggrement refinance rumah untuk buat rumah he..he..(projek mega 2013).Semasa tengah sign aggrement tu wife aku sembang-sembanglah dengan pegawai bank terbabit.Antara butir-butir perbualan mereka begitu mengejutkan aku...habiss

Beliau bagitau selepas belanjawan ni refinance rumah hanya untuk 10 tahun sahaja...aduiyai jahanam.Lepas tu wife aku ada target dengan pasif income yang akan dapat selepas siap projek mega ni dia nak labur kan ke dalam loan asb 100k tetapi sekali lagi pegawai bank tersebut memberitahu berita tidak gembira.

Kononnya loan asb pun bagi tempoh 10 tahun je pinjamannya...sedih woo...
Aku berharap berita ni hanyalah khabar-khabar angin semata-mata,kalau ada sesiapa yang ada info atau boleh sahkan berita ni tolonglah bagitau yek,Dah lah personal loan pun 10 tahun jek..kerajaan nak rakyatnya tidak banyak berhutang atau tak nak bagi buat harta?Renung-renungkanlah...feeling sad

wynn78: kalau benarlah berita ni,macamana nak buat loan asb 100k sebelum belanjawan yek?




















Monday, September 2, 2013

Minyak Naik ke???...Naik Minyak???


Bermulanya malam tadi,aku nak keluar beli makanan,punyalah jem jalan di Bandar Sitiawan trafficlight simpang empat 5-6 kali hijau baru boleh lepas...Fuhh!!! penangan 2 kupang

Aku lihat ramainya orang tengah beratur nak isi minyak terutamanya di petrol pump Shell dan Petronas tapi di petrol pump BHP kuranglah pulak....emmm iklan memang main peranan penting betul.

Dalam keadaan sekarang apakah jalan penyelesaian diatas kenaikan harga minyak ron 95 rm0.20sen??salah satu cara bagi aku kereta yang kuat makan minyak ialah pemasangan NGV....ye..itulah yang terbaik.

Melalui pengalaman aku sendiri dulu aku pakai kereta malaysia,lama jugalah lebih kurang 5 tahun,aku pakai satria 1.3 masa tu ingatkan cc sesebuah kenderaan memainkan peranan daripada segi kos minyaknya.

Pada masa tu  aku lihat kereta import ni mesti minyak kuat tapi jangkaan aku salah sama sekali.Setelah aku mampu sedikit dengan ekonomi aku pada masa itu,aku tekad untuk merasa pakai kereta import jenis Honda dengan cc nya 1.6,aku dengan wife telah bersedia sekiranya minyaknya kuat makan.

Tetapi sekali lagi sangkaan aku meleset..rupa-rupanya kereta import ni save minyak...powerfull...serta keselesaannya yang maksimum.Pada akulah sekiranya Tuan-tuan,Puan-puan ada berniat untuk pakai kereta import aku syorkanlah gerenti puas hati..tak pening kepala beb!!!

wynn78 : Bilalah aku nak pakai mpv plak?dalam hati ada gak bunga-bunga cinta berputik hehehe