Monday, August 18, 2014

Untung Saham

Alhamdulilah syukur...pagi-pagi ni dua kaunter saham aku untung dah jual.Tak dapat digambarkan bila tengok order kita dah all match bila kita que untuk jual..boleh senyum sehari suntuk woo...Jadi aku nak share sikitlah pasal saham ni,kaunter cme ni aku untung dalam 28.5% manakala kaunter DBE aku untung 15.4%.

kalau diikutkan memang tinggi persentage dari ASB dan lain-lain...besar keuntungan..besar jugak risikonya...hehe.Tapi aku tak letak duit dalam satu pelaburan aje,kena bahagi-bahagikan taklah mengharapkan hanya satu pelaburan je.

Lagi satu aku main saham ni tak pakai remiser,sendiri beli sendiri jual sendiri buat andaian masa depan,untuk pengetahuan korang aku hanya dicaj brokerage hanya rm28 sahaja berbanding kalau guna remiser, cuma untungnya pakai remiser diaorang akan suggest mana-mana kaunter yang berpotensi naik.

Pengalaman aku main saham secara sendirian macam-macam perkara dah aku tempoh,kadang-kadang bila time kaunter saham naik laju,time tulah bank under maintanance..(diorang nak caj duit brookerage lebih bila juai call diorang)..huu dan berbagai taktik nak beli saham dan jual..intra day..kontra..dan lain-lain.

Ada sesetengah orang lama-lama ni main kaunter blue chip,contoh kalau kaunter tu tak naik diaorang hold saham tu,cukup tahun amik dividen,kalau naik diaorang  jual,ibarat serampang dua mata..Pada aku main saham ni bagus pasai kalau kita nak beli tanah atau rumah modal kena besar manakala saham ni boleh berapa modal kita yang ada,kalau beli sikit-sikit simpan sampai pencen esok baru juai,masa tu bila aku kaya..haha.Tapi apa-apa pun tepuk dada tanya selera...

kaunter favourites aku
saham cme
graf kaunter cme
saham dbe jual
graf kaunter dbe

wynn78 : Jika ada kawan-kawan nak share kaunter yang best-best bolehlah..tak rugi pun semua ni ilmu Allah S.W.T





2 comments:

  1. Tahniah..seronoknye... ingat kalau guna cimb, boleh la nak tanya2 cara..x sempat nak belajar... sebelum fly hari tu bukak cds n akaun dgn cimb itrade... tp x terguna lagi wpun teringin nak beli... hehe...

    ReplyDelete
  2. memang best kak nadot..cubalah,kalau boleh guna duit yang x pakai..hehe

    ReplyDelete