Sunday, July 22, 2012

Rumah sewaku masuk mudah

Letih...itu yang mampu aku ungkapkan sejak hari sabtu malam.Kerana apa?kerana dia..hahaha(maaf saja buat lawak skit).Handphone aku berbunyi tak henti-henti kerana di kejutkan oleh bakal penyewa bertuah aku...hehehe.Bolehlah aku katakan macam goreng pisang panas nak melayan satu persatu orang yang call.Aku rasakan macam operatorlah pulak,malam tu aku pegi terawih,aku tinggalkan handphone aku.bila balik punyalah banyak misscallnya.Aku minta maaflah pada yang call aku tak dapat jawab.semalam hari ahad semua pakat nak tengok rumah,jenuh aku melayan,lastly aku suruh mak aku pulak layan pasal aku nak balik masuk keje kul 3 petang.Alhamdulillah.setakat ni 2 orang dah confirm dengan bayaran deposit yang lainnya nak tengok hari ni dan esok.Ada seorang pelanggan tu datang nakkan 3 buah sekali,orang singapore katanya.Ada yang nak bagi sewa setahun terus tapi tak nak full furnished.pada aku siapa dulu bagi deposit dia punya.Kalau janji air liur maaflah yek.pada yang nak tengok iklan rumah sewaku ni masuk sini


wynn78 : Korang jangan lupa kat aku ada reservekan sebuah rumah untuk dijadikan Homestay,nak sewa jangan malu jangan segan call je 019-4611110 win








Friday, July 20, 2012

Selamat Hari Lahir Ibuku

Selamat hari lahir mek ku pada 20/7/2012 yang ke 55.Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.Along amat menyayangi mek,semoga mek berbahagia selalu.Amin ya rabbal alamin..
.
wynn78 : Sayangilah mak dan ayah kita selagi mereka masih ada.Gembirakanlah mereka seperti mereka meengembirakan kita sewaktu kecil..

 



   

Thursday, July 19, 2012

Pelan rumah semi D #2

Ini adalah gambar pelan rumah semi D aku yang ke 5 & 6.Pelan ni saja aku create untuk memberi kelainan setiap rumah berkembar aku.Buat masa ni pelan rumah berkembar aku yang pertama lain pelannya,yang kedua lain pelannya dan yang ini mungkin untuk rumah berkembarku yang dalam contruction.Mengikut kontraktor yang dilantik pelan bahagian dalaman masih boleh ditukar kedudukannya.Aku memikirkan pelan yang terbaik untuk bakal penyewa-penyewa aku bertujuan untuk keselesaan yang optimum.(ceh wah). Sekiranya korang ada buah fikiran yang terbaik,jangan malu dan segan untuk mengutarakan kepada Tetuan wynn78 yek...


wynn78 : Beruntungnya penyewa-penyewa aku dapat tuan rumah macam aku yek,mementingkan keselesaan pengguna.Cuma tak Ensem jek..huu








Wednesday, July 18, 2012

Full furnished or not full??

Untuk pengetahuan semua,2 buah Rumah semi D aku akan siap sepenuhnya dalam pertengahan bulan puasa ni.Aku perlukan sedikit pendapat daripada korang plan yang aku nak aturkan.Pertama aku nak masukkan barang-barang rumah untuk dijadikan homestay bagi cuti hari raya puasa ni selama seminggu lepas tu baru aku buka pada penyewa.Kedua aku nak sewakan rumah semi D ni kosong sahaja dengan kadar rm450 sebulan.Ketiga aku nak sewakan rumah semi D ni dengan full furnished dengan harga lebih kurang rm800 ke rm1200.tentang harga sewa tu aku tak kisah sangat cuma aku perlukan pendapat yang mana satu plan yang terbaik.Sila tinggalkan komen di ruangan komen dibawah.


wynn78 : Buat masa sekarang ni dah 2,3 orang dah bertanyakan rumah tu untuk booking sewa.










Tuesday, July 17, 2012

mentor terbaik...

Warren Buffet adalah orang terkaya di muka bumi selepas Bill Gates. Walaupun dia orang bukan Islam tetapi kehidupannya boleh dikatakan sederhana. Pakai kereta yang harga tak sampai $20,000 yang dibeli di kedai lelong. handfon tak pakai dan rumahnya pun rumah jenis lama yang dibeli 40 tahun dahulu.
Apa yang menarik tentang Warren Buffet ialah sifatnya yang suka menderma. Dia pernah mengeluarkan USD$53 billion untuk didermakan kepada tabung kelaparan dunia yang mana kalau kita lihat sekarang, dunia masih lagi lapar tak cukup dengan sumbangan sebanyak itu.
Yang luar biasanya, apabila dia mendermakan USD$ 53 billion, dia bukan jadi muflis atau bankrapt malah menjadikan dirinya lebih kaya dari sebelum ini.




wynn78 : Korang fahamilah kata-kata hikmah yang diberikan,kalaulah aku dapat jumpa dia...emmm










Pelan rumah semi D #1

Entry kali ni pasal gambar pelan rumah semi D aku nak tunjuk kat korang,kut-kut ada yang berminat.Pelan ni aku hasilkan sendiri.Puashati aku hehehe.Sekiranya sesiapa yang ada buah fikiran yang lebih baik bolehlah menyumbangkan idea anda yang bernas untuk saya di dalam ruangan komen.Jasa baik tuan amat saya hargai..terima kasih.

wynn78 : Rasa-rasa aku ada bakat jadi arkitek tak?









Sunday, July 15, 2012

update projek terbaru mega #2

Entry kali ni pasal projek mega aku ni,setakat mana perjalanannya sekarang ni?korang pun nak tau kan?Rumah semi D yang aku buat ni bolehlah di katakan 50% siap.Semuanya berjalan lancar alhamdulilah.aku salute sungguh dengan pekerja indon ni buat kerja,daripada pemerhatian aku,diaorang ni kerja start pukul 7 pagi lepas tu balik pulak pukul 7 petang..ada lagi kerja takde cuti,hebat sungguh diorang ni badan kecik je tapi kederat dashyat sungguh.Apa yang korang tengok gambar ni baru kerja lebih kurang 20 hari...amacam ada bran??










wynn78 : pada pandangan aku orang indon ni punya kederat kerajinan dan kesungguhan mereka bersamaan dengan 10 orang rakyat malaysia.