Wednesday, July 18, 2012

Full furnished or not full??

Untuk pengetahuan semua,2 buah Rumah semi D aku akan siap sepenuhnya dalam pertengahan bulan puasa ni.Aku perlukan sedikit pendapat daripada korang plan yang aku nak aturkan.Pertama aku nak masukkan barang-barang rumah untuk dijadikan homestay bagi cuti hari raya puasa ni selama seminggu lepas tu baru aku buka pada penyewa.Kedua aku nak sewakan rumah semi D ni kosong sahaja dengan kadar rm450 sebulan.Ketiga aku nak sewakan rumah semi D ni dengan full furnished dengan harga lebih kurang rm800 ke rm1200.tentang harga sewa tu aku tak kisah sangat cuma aku perlukan pendapat yang mana satu plan yang terbaik.Sila tinggalkan komen di ruangan komen dibawah.


wynn78 : Buat masa sekarang ni dah 2,3 orang dah bertanyakan rumah tu untuk booking sewa.










Tuesday, July 17, 2012

mentor terbaik...

Warren Buffet adalah orang terkaya di muka bumi selepas Bill Gates. Walaupun dia orang bukan Islam tetapi kehidupannya boleh dikatakan sederhana. Pakai kereta yang harga tak sampai $20,000 yang dibeli di kedai lelong. handfon tak pakai dan rumahnya pun rumah jenis lama yang dibeli 40 tahun dahulu.
Apa yang menarik tentang Warren Buffet ialah sifatnya yang suka menderma. Dia pernah mengeluarkan USD$53 billion untuk didermakan kepada tabung kelaparan dunia yang mana kalau kita lihat sekarang, dunia masih lagi lapar tak cukup dengan sumbangan sebanyak itu.
Yang luar biasanya, apabila dia mendermakan USD$ 53 billion, dia bukan jadi muflis atau bankrapt malah menjadikan dirinya lebih kaya dari sebelum ini.




wynn78 : Korang fahamilah kata-kata hikmah yang diberikan,kalaulah aku dapat jumpa dia...emmm










Pelan rumah semi D #1

Entry kali ni pasal gambar pelan rumah semi D aku nak tunjuk kat korang,kut-kut ada yang berminat.Pelan ni aku hasilkan sendiri.Puashati aku hehehe.Sekiranya sesiapa yang ada buah fikiran yang lebih baik bolehlah menyumbangkan idea anda yang bernas untuk saya di dalam ruangan komen.Jasa baik tuan amat saya hargai..terima kasih.

wynn78 : Rasa-rasa aku ada bakat jadi arkitek tak?









Sunday, July 15, 2012

update projek terbaru mega #2

Entry kali ni pasal projek mega aku ni,setakat mana perjalanannya sekarang ni?korang pun nak tau kan?Rumah semi D yang aku buat ni bolehlah di katakan 50% siap.Semuanya berjalan lancar alhamdulilah.aku salute sungguh dengan pekerja indon ni buat kerja,daripada pemerhatian aku,diaorang ni kerja start pukul 7 pagi lepas tu balik pulak pukul 7 petang..ada lagi kerja takde cuti,hebat sungguh diorang ni badan kecik je tapi kederat dashyat sungguh.Apa yang korang tengok gambar ni baru kerja lebih kurang 20 hari...amacam ada bran??










wynn78 : pada pandangan aku orang indon ni punya kederat kerajinan dan kesungguhan mereka bersamaan dengan 10 orang rakyat malaysia. 

 



   

Tuesday, July 10, 2012

baby baru

Syukur alhamdulilah...baby burung puyuh dah menetas,mula sekali menetas seekor lepas tu terus 4 ekor sekaligus.lama aku tak dapat update blog pasal sibuk dengan kerja,sekarang ni 5'S,korang keje ofis mesti tau kan??lagipun aku pun sibuk dengan projek baru aku.Tunggu entri akan datang tentang perkembangannya kay....



wynn78 : Best gak bela binatang macam-macam jenis ni yek,korang cubalah..



Monday, July 2, 2012

Madu oh madu...

Apa korang ingat haa..pasal tajuk kat atas...hehehe.Post kali ni pasal masa aku potong tunggul pokok kelapa kat tapak projek, aku menjumpai sarang lebah kelulut.Korang tahu tak apa dia lebah kelulut tu?macam ni aku terangkan kat korang,Lebah kelulut ni tak berbisa tapi dia pandai memungut madu juga macam lebah biasa.Memang manis beb madunya..bukan bermadu yek.Apa-apa pun korang layan gambar di bawah kay...



wynn78 : Aku nak bagi petua sikit,korang simpanlah madu dalam rumah korang kerana madu ni boleh menghalau penyakit. 
 



   

Update projek terbaru

Entri kali pasal projek terbaru aku tu apa citer?Sekarang ni under contruction sedang berjalan lancar,kemungkinan lepas hari raya boleh masuk penyewa baru yang bertuah..hehehe.Korang layanlah gambar di bawah dulu kay...nanti aku akan upload dari masa ke semasa perkembanganya.
kontraktor kecik






wynn78 : Apabila siap nanti,planning aku sebuah rumah dijadikan homestay.Sesiapa yang nak bercuti ke pulau pangkor bolehlah call aku.