Tuesday, July 17, 2012

Pelan rumah semi D #1

Entry kali ni pasal gambar pelan rumah semi D aku nak tunjuk kat korang,kut-kut ada yang berminat.Pelan ni aku hasilkan sendiri.Puashati aku hehehe.Sekiranya sesiapa yang ada buah fikiran yang lebih baik bolehlah menyumbangkan idea anda yang bernas untuk saya di dalam ruangan komen.Jasa baik tuan amat saya hargai..terima kasih.

wynn78 : Rasa-rasa aku ada bakat jadi arkitek tak?









Sunday, July 15, 2012

update projek terbaru mega #2

Entry kali ni pasal projek mega aku ni,setakat mana perjalanannya sekarang ni?korang pun nak tau kan?Rumah semi D yang aku buat ni bolehlah di katakan 50% siap.Semuanya berjalan lancar alhamdulilah.aku salute sungguh dengan pekerja indon ni buat kerja,daripada pemerhatian aku,diaorang ni kerja start pukul 7 pagi lepas tu balik pulak pukul 7 petang..ada lagi kerja takde cuti,hebat sungguh diorang ni badan kecik je tapi kederat dashyat sungguh.Apa yang korang tengok gambar ni baru kerja lebih kurang 20 hari...amacam ada bran??










wynn78 : pada pandangan aku orang indon ni punya kederat kerajinan dan kesungguhan mereka bersamaan dengan 10 orang rakyat malaysia. 

 



   

Tuesday, July 10, 2012

baby baru

Syukur alhamdulilah...baby burung puyuh dah menetas,mula sekali menetas seekor lepas tu terus 4 ekor sekaligus.lama aku tak dapat update blog pasal sibuk dengan kerja,sekarang ni 5'S,korang keje ofis mesti tau kan??lagipun aku pun sibuk dengan projek baru aku.Tunggu entri akan datang tentang perkembangannya kay....



wynn78 : Best gak bela binatang macam-macam jenis ni yek,korang cubalah..



Monday, July 2, 2012

Madu oh madu...

Apa korang ingat haa..pasal tajuk kat atas...hehehe.Post kali ni pasal masa aku potong tunggul pokok kelapa kat tapak projek, aku menjumpai sarang lebah kelulut.Korang tahu tak apa dia lebah kelulut tu?macam ni aku terangkan kat korang,Lebah kelulut ni tak berbisa tapi dia pandai memungut madu juga macam lebah biasa.Memang manis beb madunya..bukan bermadu yek.Apa-apa pun korang layan gambar di bawah kay...



wynn78 : Aku nak bagi petua sikit,korang simpanlah madu dalam rumah korang kerana madu ni boleh menghalau penyakit. 
 



   

Update projek terbaru

Entri kali pasal projek terbaru aku tu apa citer?Sekarang ni under contruction sedang berjalan lancar,kemungkinan lepas hari raya boleh masuk penyewa baru yang bertuah..hehehe.Korang layanlah gambar di bawah dulu kay...nanti aku akan upload dari masa ke semasa perkembanganya.
kontraktor kecik






wynn78 : Apabila siap nanti,planning aku sebuah rumah dijadikan homestay.Sesiapa yang nak bercuti ke pulau pangkor bolehlah call aku.




   

Tuesday, June 26, 2012

Puyuh telur

Entry kali pasal burung puyuh yang aku bela dah mula bertelur hari-hari di dalam sangkar baru yang aku buat.Kalau banyak kita bela dah tentu banyak telurnya kerana tiap-tiap hari bertelur.Korang layan gambar kat bawah kay..




wynn78 : Cuba korang tengok bangsa cina kalau buat sesuatu diaorang tekun,contoh kalau bela puyuh daripada induk sampai jual telur,daging semuanya sendiri.Fikir-fikirkanlah...
 



   

Sunday, June 24, 2012

Lagi satu Projek mega tahun 2012

Post kali ni pasal projek tahun ni punya.Betullah kata orang macamana nak dapat rumah sewa banyak-banyak macam abangensem tu yek??jawapannya korang dapatkan sebuah dulu korang akan dapat macamana caranya nak dapat yang kedua,ketiga dan seterusnya.Jadi korang layanlah dulu gambar tapak projek yang baru di labelkan tanahnya.Berapa buah aku nak buat,korang tunggulah entry yang akan datang kay..doakan kejayaan aku yek kawan-kawan.








wynn78 : Tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalan investment saya ni,bolehlah menghubungi 019-4611110 win dengan pulangan modal yang singkat beserta dividen yang tinggi.