Wednesday, September 18, 2013

Refinance 10 tahun?? Loan asb 10 tahun???

                                                                
Aduhh...letih rasanya apabila mendengar berita baru ni.Semalam my wife sign aggrement refinance rumah untuk buat rumah he..he..(projek mega 2013).Semasa tengah sign aggrement tu wife aku sembang-sembanglah dengan pegawai bank terbabit.Antara butir-butir perbualan mereka begitu mengejutkan aku...habiss

Beliau bagitau selepas belanjawan ni refinance rumah hanya untuk 10 tahun sahaja...aduiyai jahanam.Lepas tu wife aku ada target dengan pasif income yang akan dapat selepas siap projek mega ni dia nak labur kan ke dalam loan asb 100k tetapi sekali lagi pegawai bank tersebut memberitahu berita tidak gembira.

Kononnya loan asb pun bagi tempoh 10 tahun je pinjamannya...sedih woo...
Aku berharap berita ni hanyalah khabar-khabar angin semata-mata,kalau ada sesiapa yang ada info atau boleh sahkan berita ni tolonglah bagitau yek,Dah lah personal loan pun 10 tahun jek..kerajaan nak rakyatnya tidak banyak berhutang atau tak nak bagi buat harta?Renung-renungkanlah...feeling sad

wynn78: kalau benarlah berita ni,macamana nak buat loan asb 100k sebelum belanjawan yek?




















Monday, September 2, 2013

Minyak Naik ke???...Naik Minyak???


Bermulanya malam tadi,aku nak keluar beli makanan,punyalah jem jalan di Bandar Sitiawan trafficlight simpang empat 5-6 kali hijau baru boleh lepas...Fuhh!!! penangan 2 kupang

Aku lihat ramainya orang tengah beratur nak isi minyak terutamanya di petrol pump Shell dan Petronas tapi di petrol pump BHP kuranglah pulak....emmm iklan memang main peranan penting betul.

Dalam keadaan sekarang apakah jalan penyelesaian diatas kenaikan harga minyak ron 95 rm0.20sen??salah satu cara bagi aku kereta yang kuat makan minyak ialah pemasangan NGV....ye..itulah yang terbaik.

Melalui pengalaman aku sendiri dulu aku pakai kereta malaysia,lama jugalah lebih kurang 5 tahun,aku pakai satria 1.3 masa tu ingatkan cc sesebuah kenderaan memainkan peranan daripada segi kos minyaknya.

Pada masa tu  aku lihat kereta import ni mesti minyak kuat tapi jangkaan aku salah sama sekali.Setelah aku mampu sedikit dengan ekonomi aku pada masa itu,aku tekad untuk merasa pakai kereta import jenis Honda dengan cc nya 1.6,aku dengan wife telah bersedia sekiranya minyaknya kuat makan.

Tetapi sekali lagi sangkaan aku meleset..rupa-rupanya kereta import ni save minyak...powerfull...serta keselesaannya yang maksimum.Pada akulah sekiranya Tuan-tuan,Puan-puan ada berniat untuk pakai kereta import aku syorkanlah gerenti puas hati..tak pening kepala beb!!!

wynn78 : Bilalah aku nak pakai mpv plak?dalam hati ada gak bunga-bunga cinta berputik hehehe