Saturday, December 22, 2012

Dividen ASB dah keluar 8.9% naik 1%


KUALA LUMPUR — Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.


Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.


Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.


"Malah ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.


Sehingga Rabu lepas, beliau berkata, skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.— BERNAMA

wynn78 : Aku tengok dalam tv biz bisnes pegerusi PNB cakap boleh bagi 10.5%.Kenapalah PNB tak bagi seperti apa yg diberitahu atau saja nak saiko fikiran pelabur?fikir2 kanlah yek..












Tuesday, December 18, 2012

Wang Emas nilai sebenar

Kali ni aku nak citer pasal aku terjumpa wang emas ni di salah 1 kiosk semasa aku jalan-jalan di AEON ke-2 terbesar di perak tempohari.Aku memang teruja dengan kekreatifan mereka membuat wang dolar amerika dengan kepingan emas tulin 999.9 sebagai cenderahati.Harganya tidaklah begitu mahal lebih kurang 1k keatas siap frame.Bilalah malaysia nak laksanakan dinar sebagai wang malaysia? Apa-apa pun korang layan gambo kay..

wynn78 : mungkin duit dividen bank rakyat aku sambar 1 set gantung buat perhiasan.Gambar akhir billionaire mungkin x kot millionaire insyallah sikit lagi dalam genggaman..amin



Thursday, December 13, 2012

Dividen ASB 2012 8.2% ????

Betul ke?Bior betik?Al kisahnya begini malan tadi dirumah bondaku mengadakan kenduri tahlil untuk arwah yang telah pergi meninggal kita.Jadi ramailah sanak-saudara berkumpul berborak-borak.Dijadikan cerita aku bertanyakan anak saudaraku sekarang bekerja dimana?Dia mengatakan bekerja di sebuah bank*tut*  bersama kawannya yang hadir bersama bekerja di sebuah bank yang lain.Aku pun bertanyakan pasal pelaburan ASB dan korek-korek rahsia apa yang ada hehehe...

Dalam dok sembang-sembang kawannya seorang Officer bahagian Loan ASB mengatakan Ura-ura  atau pangilan manja kabar-kabar angin bahawa dividen ASB tahun ni tinggi iaitu 8.2% belum termasuk bonus lebih tinggi daripada tahun lepas.Wow!! apa lagi aku dan wife mulalah berangan-angan mat jenin apa yang nak dijolikan dengan duit free tuh.

Pada pengalaman aku sendiri daripada pelaburan yang lain aku buat ASB adalah pelaburan yang terbaik untuk kaum bumiputera kerana dengan berapa yang kita ada kita boleh melabur malahan para pelabur hartanah pun jadikan ASB sebagai tanda aras pengukuran pelaburan sesebuah hartanah tersebut.Apa lagi tepuk dada tanya selera kan??Aku kongsikan ilmu yang ada adalah untuk orang melayu kita terus maju dan harapan aku agar tuhan dapat menambahkan ilmu aku untuk di kongsikan bersama..wallahhualam


wynn78 : tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman dividen tu..harap-harap benarlah apa yang di khabarkan..kita nantikan bersama dgn penuh debaran syukur alhamdulilah..










Thursday, December 6, 2012

Makan Lipan??ada bran??

Amacam ramai yang berani ke nak makan makanan eksotik nih?Acah je...hehe.Aku nak citer 1 restoran ni menjual menu menarik iaitu nasi goreng udang lipan.Korang kenal ke udang lipan ni macamana?Udang lipan ni berkulit keras dan besar daripada udang biasa,aku takde gambar sebelum masak pasai diaorang masak isi je takde kulit,Apa-apa pun korang layan...


wynn78 : Restoran 3 rasa ni terletak di Pantai Remis Perak...rasa memang marvelous




   

Tuesday, December 4, 2012

Cuti-cuti malaysia Wang Kelian









Baru-baru ni aku pergi bercuti di utara tanahair kita di kedah lepas tu terus ke wang kelian bershopping sakan nampak...hehehe.Wife aku borong habis sampai tak muat kereta kena bawak lori lain kali baru muat.

Kesian kat anak-anak aku duduk atas karpet dalam kereta.Untuk pengetahuan korang pada hari ahad di wang kelian kita boleh masuk sampai kedalam sempadan dengan menaiki kereta tanpa border pass.

Lagi 1 tips untuk korang kalau nak beli barang korang pusing-pusing dulu jangan beli dulu lepas tu korang mark kedai yang bagi rege murah,baru beli.Pada akulah barang yang murah kat sana macam periuk kukus,kuali aluminium,senang cakap barangan dapurlah memang murah.korang layanlah dulu gambar di atas kay..

wynn78 : Shopping pakai duit advance ASB dulu hehehe...




   

Sunday, December 2, 2012

Yang mana satu pilihan hati......

Assalamualaikum,salam perdana,salam 73.....kepada rakan-rakanku semua.Semoga sihat hendaknya disamping orang yang disayangi.Kali ni aku nak berkongsikan minat aku yang terpendam..hehehe.Syok jugak tengok orang lain berjaya dan bergaya di samping aset yang mereka ada.Cuma aku binggung nak membuat pilihan,kalau boleh cuba korang komen memberikan pendapat yang mana 1 jikalau korang ditempat aku,okeylah go head pada rakan-rakanku yang di sayangi....wynn78 stanby ganti over..


Megelli 250

Virago 535 custom

Vulcan 500

wynn78 : Betapa hensemnya korang kalau naik jentera-jentera di atas...fuiyo layan