Saturday, May 26, 2012

Testimoni aku berjaya.....yahooo

Alhamdulilah projek penghasilan mesin Eraman aku berjaya dengan jayanya.15hb mei 2012 telah menetaslah anak itik yang aku eramkan selama 28 hari.wow!! berapa terujanya aku apabila telur itik mula retak dan mengeluarkan bunyi,Ingatkankan aku tidak jadi dah projek ni.Kepada sesiapa yang berminat dengan hasil ciptaan aku ni bolehlah membuat tempahan sekarang di talian 019-4611110 (win).
sedang minum

x tido-tido bising malam2

malam2 boleh merayau

masa baru menetas

basah lagi

kulit telur menetas

wynn78 : Aku tersangatlah teruja dengan kebesaran allah mencipta makhluknya....dari saat tiada apa2 didalam telur hingga keluar anak itik.




   

Monday, May 21, 2012

Si sepit biru tewas jua akhirnya...

Aduhai si sepit biru akhirnya ko didalam perutku erk..alhamdulilah.Aku jumpa si sepit biru ni masa on the way nak balik manjung jumpa di Teluk Intan memang terbaik hidup lagi tu beb.Ini semua angkara Maria Tunku Sabri yg jadi model iklan jom lawat perak tu,meleleh air liur aku nengok dia makan udang galah bakar.Memang sedap beb udang galah ni,cuma rege je tak berapa sedap hehehe.
model udang galah
terbaikk..

goreng garam kunyit

bubuh dalam maggi kari

slurrp..terangkat


aku makan ko

wynn78 : Syok pekena udang galah ni,lain kali mesti cari lagi...hehe.Korang cubalah memang terbaikkk...




    


Selamat Pengantin Baru

Sempena musim orang kahwin ni aku nak mengucapkan selamat pengantin baru kat adik aku pada 20hb mei 2012 di sg udang Klang.3hb jun 2012 akan di adakan di kampung aku.Dijemput semua pembaca blog ni ke kenduri adik aku ni.Apa2 pun korang layanlah gambar pengantin ni yek

bagai pinang di belah dua

suap jangan tak suap

Orang kuat 

wynn78 : Teringat aku masa akad nikah dulu,berdebar-debar rasanya..hehehe




    

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Kepada semua pembaca blog ni jikalau masih ada ibu baliklah ke rumah orang tua jenguk mereka dan raikanlah mereka supaya mereka terasa di sayangi...i love my mek forever..

wynn78 : Sungguh besar pengorbanan ibu kita..




    



    


Saturday, May 5, 2012

Tenancy Agreement

Perjanjian penyewaan rumah sewa ni salah satu lagi benda yang penting bagi tuan rumah sewa,didalamnya termaktub segala terma dan syarat yang kita kehendaki.Perjanjian penyewaan ini menunjukkan kita serius dalam meyewakan rumah kita supaya penyewa tidak boleh buat main-main.Jenuh jugak aku nak karang tenancy agreement yang terbaik nih.
 muka depan
 Di matikan stem

wynn78 : Bukan apa yang kita rancang akan berjalan lancar,Redhalah dengan ketentuan allah


Borang PDS1

 Borang PDS 1 ni ialah bermaksud perjanjian dan sewa untuk mematikan stem agreement rumah sewa kita.Kenapa perlu mati stem?Ha..banyak faedahnya bila kita matikan stem agreement kita kerana ianya laku apabila kita matikan stem.Boleh dijadikan bukti pendapatan kita sekiranya hendak membuat pinjaman dengan pihak bank.Setelah kita isikan borang PDS1 ni yg terdapat di LHDN,kita kena isi 1 lagi borang kat sana.Kalau siapa-siapa yang nak tahu boleh je tanya saya.


Borang PDS1

 wynn78 : Salah satu cara membantu aku untuk meneruskan Agenda yang seterusnya...hehehe





Tuesday, May 1, 2012

Mesin inkubator

Korang percaya tak aku buat sendiri mesin ni?Apakah mesin inkubator ni?mesin inkubator ni ialah alat untuk pengeraman telur ayam,itik,puyuh dan segala jenis telur bagi mengantikan induk mengeram kerana dengan mesin ini peratusan mengeram telur 100% berjaya kerana ianya telur sentiasa panas dengan suhu yang sesuai untuk pengeraman manakala induk mengeram 50% menjadi kerana ianya keluar makan dan keadaan tempat bertelur yg terdedah dengan hujan serta risiko yang tertentu.Projek ni masih dalam testimoni,sekiranya berjaya aku akan sedia menerima tempahan daripada sesiapa yang nak beli mesin inkubator tercanggih abad ini...hehehe
mesin inkubator
Inside inkubator

wynn78 : Sekarang ni aku rasakan diri setanding dengan Albert Einstain...hehehe.Dalam raga tu aku test tetaskan telur itik dengan telur ayam.




Hobi baru

Entry kali ni pasal hobi baru aku.Baru-baru ni aku balik kampung lepas tu singgah kat Ayer tawar tengok-tengok kat kedai jual anak ayam,aku tengok ada anak puyuh terus aku beli 10 ekor untuk testimoni.Dalam gambar ni puyuh baru berumur 23 hari cepat je membesarkan??Best gak bela puyuh ni ruangan terhad jek untuk bela.Mungkin aku nak try buat besar-besaran lepas ni,Tapi kena cari market dululah..
dalam sangkar kucing jerr
 
 hensom tak aku??

wynn78 : Aku rasa bela binatang ni best jerr..rasa tenang di hati ini.mungkin kenduri kahwin adik aku bulan 6 ni aku nak bela puyuh buat lauk kenduri.Cuba korang bayangkan sedap tak???