Saturday, April 21, 2012

Happy birthday Nur ma aneesa aleya


Selamat hari jadi untuk anakku yang di sayangi aneesa.Tanggal kelahirannya bersamaan 19hb april sama dgn hari keputeraan sultan perak.syukur alhamdulilah majlis berjalan lancar walaupun sebelum itu hujan turun.Keesokan harinya aku letih sangat tapi hati gembira dgn sambutan yg tidak di duga.Menu special malam tu ayam kampung bakar marinated dgn western style sampai ada yg tak merasa kerana kesedapan ayam tu..hehehee.Kepada yg tak dapat merasa ayam kampung tu tunggulah next time yek..maaf.Jutaan terima kasih kepada yg menjayakan majlis ini.Apa2 pun korang layanlah gambar di bawah kay...
5 years old
 kuning Di Raja
para tetamu baru sampai
awek-awek Tm point
amboi meor luqman
my family
wynn78 : Kalau dah tua2 segan plak nak sambut birthday...huu



Tuesday, April 10, 2012

Family gathering at Orchard Inn

Majlis ni aku buat untuk merapatkan ahli keluarga aku,aku order untuk 2 table 20 orang tapi tak penuh jadi aku ajak sekali jiran dan kawan2 wife aku soru sappedek.Lagipun aku memang berniat nak belanja my family pasal 2 buah rumah sewa aku penyewa dah masuk.Makanan kat sini boleh tahan jugak,saja aku open table kat hotel sekali-sekala best jugak.Apa2 pun korang layanlah gambar di bawah kay...

Tudung biru tu my mom@mek

my 3rd hero baru belajar berjalan

Aniq anak saudara aku

Adik2 aku

control jap

my wife

4 dara pingitan

korang kat mana?lauk nak abis dah ni..

Adik aku yg buat peace sebelahnya husbandnya

wynn 78 : Nasihat aku kat korang,Tiada yang paling bahagia jika kita dapat membahagiakan keluarga tercinta..




Monday, April 9, 2012

Sawah padi menghijau...

Arghh...sedapnya mata memandang kehijauan sawah padi.Gambar sawah ni aku ambil selepas hujan baru berhenti,setiap kali aku balik rumah mertuaku pasti aku akan turun ke sawah menghirup udara segar terasa kenikmatanya.Pokok padi ni baru berusia 1 bulan,Punyalah seronok anak2 aku main kat tepi sawah.Tengah aku dok belek2 tempat yang kompang tak naik padi,aku nampak pokok nangka madu 2 minggu yang sudah dah masak..rezeki.Korang bayangkan dulu harga tanah sawah ni 5 ekar rm4ok ++ sekarang ni usah cakap nak jual ramai dah tunggu,harga sekarang ni dah mencecah rm 150k ke atas (kalau ada nak juallah).Harga padi dulu 1 tan rm400 ke rm500 tapi sekarang dah mencecah rm1100 1 tan..wah untungnya yek mengalahkan kelapa sawit.Padi ni boleh di tuai selepas 4 bulan bayangkan setahun boleh 3 kali. Keluasan 5 ekar boleh dapat paling kurang 8 tan paling banyak 14 tan keatas..fuiyoo!! Amacam ada minat tak?? Sekarang ni petani dah moden bukan macam dulu...hehehe

Harta sepencarian aku

menghijau
Align Center
bakal mewarisi harta aku

luas terbentang

pokok kuinin sedang berbuah


nak terjun la tuu..

wynn78 : Terasa peritnya sewaktu membayar instalment bulanan masa baru lepas kawin..akhirnya baru terasa nikmatnya alhamdulilah syukur.




Saturday, April 7, 2012

Syer Bank Rakyat

Entry kali ni pasal syer BankRakyat yg aku perolehi,Ini adalah salah 1 medium pelaburan yg terbaiklah bagi aku selain ASB.KEnapa aku cakap begitu? Apalah lagi kalau bukan pasal pulangan Dividennya yg mencecah 20% baru2 ni.Korang mesti tertanya2 macamana aku boleh dpt amaun syer sebanyak itu...hehehe.Untuk pengetahuan korang x silap aku pada tahun 2001 masih boleh lagi menambah syer,Tapi skunk x boleh dah kerana di tutup pasal dah penuh.CAra korang nak tambah syer kena tunggu ada buka syer baru boleh beli tambah,baru2 ni ada buka itu yg aku dapat.Nasihat akukat korang locklah duit korang kat tempat2 begini,walaupun sikit itulah kuncinya bagai pepatah melayu sikit2 lama2 jadi bukit.



wynn78 : Kalaulah aku dapat tambah syer 100k..akulah org yg paling bahagia..hahaha






Friday, April 6, 2012

Penyata ASB 2011 baru sampai daa....

Entry kali ni berkenaan ASB plak.Bagi pendapat aku ASB ni salah 1 pelaburan yg bagus lagi mudah tanpa memikirkan masa bila perlu jual atau beli seperti pelaburan lain yg memerlukan pengalaman.Kita cuma perlu masukkan duit kita dan tunggu hujung tahun untuk pengumuman dividen.Pada tahun 2011 agak memberangsangkan dividen ASB 8.80% meningkat drp tahun sudah.Aku ada baca artikel blog investment drp org lain tentang ASB ni utk memaksimumkan ASB kita kpd 200k dgn menggunakan tool OD dan 2 kredit kad,Tapi apakan daya OD ASB telah dibekukan..huuu.Blog aku ni skunk lebih kpd tentang pelaburan buat masa ini.Entri2 akan dtg akan aku kongsikan apa yg aku buat untung...hehehe.Korang semua jgn salah anggap apa yg aku tunjukkan ni bukan utk bangga diri atau menunjuk2 semua ni kerana pada zaman sekarang semuanya nak tengok bukti sahih baru percaya...ye tak??kalau xde bukti org cakap tin kosong jek..niat aku ikhlas utk menolong bangsaku sendiri..insyaallah.


wynn78 : Bilalah aku punya akaun ASB nak full RM 200k yek?x silap aku skunk dah boleh sampai 250k...huuu






Tuesday, April 3, 2012

Tetamu tidak diundang....

Jam 10.00 malam tadi tgh dok layan apa celop tok...aku dikejutkan dgn panggilan telefon rumah,hati aku mmg x sedap klau telefon umah bunyi klau lewt2 begini.Aku suruh wife aku angkat fon..aku dengar bini aku mcm cemas jek bunyinya panggil aku,rupanya mak aku call bagitau ular sawa masuk reban ayam.Punyalah kelam kabut jadinya dgn nada cemas mak aku suruh dtg.Aku pun bersiap nk pegi,anak aku yg sulong dgn no 2 nak ikut.Apalagi jomlah free show(klau kat zoo kena bayor amik gambo)hehe..Sesampainya aku kat umak mak aku,ular sawa tadi telah ditewaskan oleh seorang penjinak ular.Brader nih keje bomba sewa umah mak saudara aku kat situ.panajng benor kisahnya yek..apa2 pun layan gambo di bawah kay...

cekik aku brader

cantik batiknya kan??

biru tangan dibelitnya

ada sparkling lagi bila kena lampu

Inilah heronya

wynn78 : Kepada sesiapa yg nak tempah beg kulit bolehlah call aku ditalian..hahaha