Thursday, March 29, 2012

Semangat aku mencanak naik 200%



Korang tengok sendiri iklan yg aku tgk kat mudah.com.my,bukan tuan rumah letak harga sewa penyewa yg letak harga yg diluar jangkaan..fuhh.Itu belum lagi Jaya Jusco siap yg skunk ni dah tukar nama AEON kat area situ gak.Angin perubahan kat manjung ni bertiup kencang sungguh..aku amat bersyukur kpd Tuhan kerana mengurniakan anugerah di tempat kelahiranku ini.Bertambah kuatlah semangatku nak membina empayar investment aku dlm bidang hartanah nih.Untuk makluman korang rumah sewa aku dekat sgt dgn area giant tu,straight jek x sampai 5 minit.korang explore ler kat mudah.com.my klau x percaya..kay

wynn78 : Nasib baik rumah sewa aku dah di sewakan kalau x aku dah call brader ni. Apa2 pun alhamdulilah syukur dgn rezeki yg telah di kurniakan.





Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday : Bilik Tidur



wynn78 : Alangkah nikmatnya tido di bilik nih..Aku rasa macam nak buat jek.




Tuesday, March 27, 2012

wow!!! 20% tuu..hebat!!!

Bank Rakyat agih dividen 20 peratus
berita harian 27/3/2012
Babitkan pembayaran RM435 juta

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 20 peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM435 juta kepada 926,578 anggotanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Ia merangkumi pengagihan dividen tunai sebanyak 15 peratus membabitkan pembayaran RM330 juta dan dividen bonus lima peratus membabitkan bayaran RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengagihan dividen lumayan berkenaan dibuat susulan keputusan kewangan memberangsangkan yang dicatatkan bank koperasi itu.
Beliau berkata, dalam tahun kewangan dikaji, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai serta zakat sebanyak RM2.02 bilion, meningkat 17.6 peratus berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

“Keputusan itu yang adalah satu lagi rekod keuntungan tertinggi bagi bank koperasi ini dicapai hasil penumpuan terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan serta peningkatan mutu aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim.

Ismail Sabri berkata, selepas ditolak cukai serta zakat, keuntungan bersih bank koperasi itu ialah sebanyak RM2 bilion, naik 49.5 peratus berbanding RM1.34 bilion tahun sebelumnya.
Ia juga, katanya adalah satu lagi rekod keuntungan bersih tertinggi bagi bank koperasi itu.

Beliau berkata, dalam tahun kewangan dikaji, jumlah pendapatan kasar Bank Rakyat meningkat 13.3 peratus kepada RM5.5 bilion berbanding RM4.86 bilion yang diraihnya pada tahun sebelumnya.

“Pembiayaan peribadi kekal penyumbang utama kepada prestasi itu, di samping pertumbuhan pendapatan perniagaan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu serta aktiviti pelaburan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pendapatan dari sumber pembiayaan juga meningkat kepada RM4.46 bilion berbanding RM4.04 bilion sebelumnya, yang mana 91.4 peratus disumbangkan perbankan konsumer, manakala baki 8.6 peratus lagi oleh perbankan komersil.

Bank Rakyat juga katanya merekodkan pendapatan berasaskan yuran RM92 juta, yang mana 75.7 peratus disumbangkan pendapatan wasiat, komisen takaful dan yuran perkhidmatan ATM.

Beliau berkata, jumlah aset bank koperasi itu melonjak 17.1 peratus kepada RM72.48 bilion daripada RM61.91 bilion sejajar pertambahan kukuh depositnya.

Pulangan ke atas asetnya juga, kata beliau kekal tinggi pada kadar tiga peratus.

Mengenai prospek bagi tahun ini, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat menjangka mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan menyasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.1 bilion, didorong oleh peningkatan segmen pinjaman peribadi dan pendapatan Ar-Rahnu.

Katanya, bank koperasi itu akan terus berusaha meningkatkan sumbangan pembiayaan komersial dalam tempoh jangka panjang bagi menyeimbangkannya dengan segmen pembiayaan peribadi.

Katanya, bank itu juga akan membuka sembilan cawangan baru tahun ini sebagai tambahan kepada 135 cawangan sedia ada, termasuk di Bentong, Kuala Krai, Nusajaya, Nilai dan Cyberjaya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengisi jawatan Pengarah Urusan bank koperasi itu apabila ia dikosongkan selepas Datuk Kamaruzaman Che Mat menamatkan tempoh perkhidmatannya 28 Februari lalu, Ismail Sabri berkata, Bank Negara Malaysia akan memutuskannya dalam tempoh terdekat ini.

wynn78 : aku ada apply saham bank rakyat ni 100k tapi dapat 8k,apa2 pun alhamdulilah syukur




Sunday, March 25, 2012

ole-ole dari kampung

Aduh...terasa segar diri ini bila berada di kawasan kampung yg mempunyai sawah padi..terasa tenang dan mendamaikan.Skunk ni benih padi baru di tabur lebih kurang 1 minggu je.Anak sulong aku plak nak cari anak ikan bela,dapatlah anak ikan cenderai aka ikan mata tiga,sayangnya aku x bawa kamera,nantilah lain kali aku bawa kamera amik gambo sawah padi.Jadi macam biasalah klau balik kg nih pasti ada buah kayu kayu kata org bota,klau tempat aku org panggil buah tangan.Apa2 pun korang layanlah gambo di bawah..kot2 ada yg x kenai buah apa...hehehe
Align Center
pisang embun,betik,mempelam

wynn78 : nyam..nyam..sedap sungguh pisang embun nih di makan begitu saja..tapi nak tunggu hasilnya makan masa 1 tahun tu...huuu




Saturday, March 24, 2012

cuti...balik kampung

Semalam aku keje malam habis kul 1 pagi...argh ngantuk.pagi ni nak balik kg umah mak mertua kat boston..heehe bota jek.sempena hari cuti ujung minggu ni layanlah lagu ni kay..selamat beristirehat





Wednesday, March 21, 2012

mesin cetak wang??

Alhamdulilah syukur..itu yg dpt aku ungkapkan pasal penyewa bertuah dpt ku temui mengikut kehendakku yg melepasi interview yg dilakukan..hehee (macam boslah plak).Kedua2 rumah sewa semi D aku telah diisi kekosongannya.Harap2 penyewa aku ni adalah yg terbaiklah boleh aku tidur lena.Kedua2 penyewa aku ni baru kawin xde anak lagi...cantiklah tu,komitment kurang lagi.
Aggrement belum buat lagi,deposit dah bayar dgn sewa kena buat step by step untuk menjadi jutawan hartanah hehehe...insyallah,amin.1 rumah kunci dah bagi 1 lagi belum duit deposit dah settle duit sewa je belum pasal masuk awal bulan april ni baru settle.Aku amik 1 bulan sewa jek. Cuma lepas ni aku nak matikan stem kat LHDN,semua ni pengalaman baru aku ni.Lepas ni baru aku akan start projek baru aku plak dlm planning tapi kena settle 1 persatu dulu,jika berjaya boleh jadi mentor ler aku pas ni...insyaallah.

wynn78 : mesin cetak wang aku baru nak panas enjin jek,Alangkah indahnya kalau dapat penyewa macam abang AE....hanya jauhari mengenal manikam kui..kui





Friday, March 16, 2012

Apa citer projek ayam??

Lama sungguh dah aku x update blog aku nih..emm sibuklah katakan,makan gaji camtu jawabnya.Entri aku kali ni update follow up projek ayam kampung aku,korang tgk sendirilah baru sebulan berapa hari jek dah besor habis 1 guni makanan starternya.Alhamdulilah sekor je mati,x boleh ganjil kot hehehe..apa2 hal layan gambo di bawah kay..

tengah bersantai dalam reban

sapa punya itik ni sesat kat umah mak aku

mak kaler putih,bapak kaler hitam..hahaha

wynn78 : Bilalah aku nak melepasi tahap financial freedom nih, Aku skunk ni tgh follow blog brader nih yg banyak ilmu tentang pelaburan hartanah. Korang bila lagi??




Friday, March 2, 2012

Penyewa bertuah??

Siapalah penyewa yg bertuah dapat duduk rumah baru nih?mengikut kata kontraktor buat rumah ni siap lebih kurang 1o hari je lagi,borang apply letrik & air dah submit lebih kurang 2 minggu.Skunk ni baru aku nak plan panggil tenancy yg berminat untuk menyewa.Aggrement tenancy aku dah draf dah,cepatlah skit letrik masuk hendaknya air xde masalah cepat jek.Selepas nih aku ada projek baru jeng..jeng..insyaallah selepas tenancy aku masuk rumah baru aku jalankan projek baru tu,Doakan aku berjaya yek kawan2.Apa2 pun layan gambo di bawah..

gambar penuh

side kiri porch

porch kereta penuh

ruang tamu

laluan ke dapur

tandas & dapur masak

ruang makan

wynn78: Ada x sesiapa yg boleh bagi pendapat macamana aku nak dapatkan penyewa 2 bulan deposit dgn hati yg terbuka?